MOU Persefahaman antara Persada Asia, Hijrah Global Group, PGDM dan Persada Hijrah Herbs dalam kerjasama inovasi teknologi digital
KUALA LUMPUR: Satu memorandum Persefahaman antara Hijrah Global Group SB (HG2SB), Persada Hijrah Herbs (PHH), Empire Hijrah Nature (EHN) dan Pertubuhan Generasi Digital Malaysia (PGDM) diadakan di BERNAMA, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Memorandum Persefahaman ini bertujuan menggabungkan aktiviti berkaitan pembangunan berkaitan aplikasi digital, jalinan perniagaan untuk memupuk penglibatan komuniti serta inovasi teknologi dan program pembangunan NGO – NGO di Malaysia.
Managing Director Persada Asia, Apis Ismail berkata, Persada Asia adalah Pengedar No 1 .
” Baby Gram Gold Bar ‘Misi dan Visi’ kami adalah untuk melahirkan golongan yang mampu membeli emas serendah RM10. Kami sediakan platform ecosystem dimana boleh di redeem atau di tebus kembali di kedai usahawan kami yang terpilih.”
Menurutnya, Persada Asia juga telah merangka untuk 2024 satu program berkaitan ekonomi digital dan program komuniti yang akan mendapat sokongan dan sokongan daripada mentor daripada kerajaan, agensi dan badan institusi kerajaan Malaysia dan juga dari luar negara termasuk yayasan, institusi -pertubuhan bukan kerajaan, dermawan dan pihak swasta dan korporat.
“Persada Asia percaya bahawa dengan bantuan pemasaran Persada Asia yang telah dilantik dan menjadi wakil global, mereka dapat memastikan kesinambungan usaha yang dirancang untuk memenuhi objektif Persada Asia untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bertamadun,” katanya.
” Persada Hijrah Herbs (PHH) pada tanggal 26 Mac 2024, telah termeterainya perjanjian bagi melaksanakan aktiviti & penjualan baby gold dibawah pengurusan Persada Hijrah Herbs.
Turut hadir, Sahrol Panizam bin Pardi, Pemilik syarikat Hijrah Global Sdn Bhd berkata, HG2SB ialah pembekal produk makanan tambahan, kesihatan dan kosmetik berteknologi tinggi dan patuh syariah yang inovatif.
“Bahan-bahan yang digunakan untuk penghasilan produk kami adalah 100% semulajadi, halal dan bermanfaat untuk menambah baik dan meningkatkan kesihatan pengguna.
“Empire Hijrah Nature (EHN) sebuah syarikat yang memfokus kepada syarikat-syarikat dalam industri rangkaian, mewujudkan kerjasama dengan Hijrah Global Sdn. Bhd (HGSB).
Melalui kerjasama ini EHN memperuntukkan sebanyak RM 21,600 untuk ‘reserve’ 222 slot dalam rangkaian HGSB utk diisi oleh Usahawan Komuniti Industri Rangkaian (UKIR).
Justeru, EHN menjemput belia-belia dan beliawanis menyahut jemputan kami untuk menyertai program yang dikenali sebagai UKIR dengan nilai penganjuran sebanyak RM 1,800 seorang, seperti yang dipersetujui daripada pakej usahawan oleh Hijrah Global Sdn. Bhd.
Calon-calon perlu mengisi borang pendaftaran HGSB dan akan di lepasi untuk memulakan aktiviti carian ahli oleh pihak UKIR – Usahawan Komuniti Dalam Rangkaian EHN.
Turut hadir bersama, Prof Dr Muhammad Rizal Khalid B Hj Ismail dari Pertubuhan Generasi Digital Malaysia (PGDM) dengan termeterainya MOU ini “Digitalisasi Untuk Masyarakat” adalah faktor penting untuk membolehkan masyarakat hari ini wujud bersama secara harmoni.
” PGDM berusaha yang terbaik untuk memenuhi dan menyampaikan semua inisiatif strategik untuk kesejahteraan khalayak sasaran kami.
” Pada asas yang sama, inisiatif strategik kami termasuk antara lain ekonomi digital, keusahawanan dan pendidikan bersama rangkaian jalinan perniagaan dengan HG2SB,” katanya.