Yayasan Ikhlas Santuni Pengguna Lebih Raya Sempena Kempen Kasih Ramadan Syawal 2024

  • March 30, 2024
  • 1 min read
Yayasan Ikhlas Santuni Pengguna Lebih Raya Sempena Kempen Kasih Ramadan Syawal 2024

Kempen Keselamatan Jalan Raya (KKJR) anjuran Yayasan Ikhlas (YI) dengan
kerjasama ANIH Berhad dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Malaysia (MIROS) ini adalah inisiatif memupuk nilai prihatin dan tanggung jawab dalam masyarakat.

Nilai prihatin menjadikan kita cakna kepada keselamatan pengguna jalan raya lain, dan sempena Ramadan, kita turut cakna kepada kebajikan golongan kurang berkemampuan.

Nilai tanggung jawab menjadikan kita memeriksa keperluan kenderaan kita sebelum memandu, dan sempena Ramadan, kita memeriksa kecukupan saudara kita sebelum berhari raya.

Melalui inisiatif ini, kolaborasi antara YI – ANIH – MIROS berharap dapat menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang selamat dan harmoni.

Kempen ini berjalan secara fizikal dan maya.

Antara aktivitinya:
a) Edaran 300 Pek Iftar On-The-Go
(dipersijilkan Halal & sedia dimakan hingga Januari 2026)
b) Edaran flyers Keselamatan Jalan Raya di RnR dan media sosial
c) Inisiatif Kasih Ramadan dengan sasaran 25,000 orang penerima manfaat.

Pesanan kami
a) “Ingatlah orang yang tersayang, dan ingatlah saudara kita yang memerlukan”
b) “Pandu sehemahnya, berkongsi seikhlasnya”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *