Wednesday, 11 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Kembara Al-Haramain 2027 Bawa Misi Pengukuhan Iman ke Mekah, Madinah dan QatarDecathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

MPOB Laksana Projek Rintis Biodiesel Sawit B20 di KLIA, Langkah Awal Kurangkan Jejak Karbon

SEPANG, 25 Jun 2025 – Kementerian Perladangan dan Komoditi melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melancarkan projek rintis penggunaan biodiesel sawit B20 bagi kenderaan perkhidmatan darat (Ground Service Equipment – GSE) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Projek perintis selama 18 bulan ini telah bermula sejak Februari lalu, dengan kerjasama strategik melibatkan Petronas Dagangan Berhad, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Teras Kembang Sdn. Bhd. Masing-masing memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran rantaian bekalan — daripada pengeluaran, pengurusan stesen minyak, hingga operasi lapangan terbang.

Setakat ini, lima syarikat pengendali GSE menyatakan minat menyertai inisiatif ini, dengan penggunaan dijangka mencecah 40,000 liter sebulan. Ini sekaligus mampu mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) sebanyak 13%, bersamaan 105 tan karbon dioksida setara (CO2e) setahun berbanding penggunaan diesel biasa.

Langkah ini juga selari dengan sasaran Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang mahu semua pengendali syarikat penerbangan antarabangsa mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050, berdasarkan tahap pelepasan pada tahun 2021.

MPOB menyifatkan projek ini sebagai pemangkin kepada penggunaan bahan api bio berasaskan sawit di sektor pengangkutan udara negara serta menyokong agenda kelestarian global.

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *