Wednesday, 11 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Kembara Al-Haramain 2027 Bawa Misi Pengukuhan Iman ke Mekah, Madinah dan QatarDecathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

MAJLIS PELANCARANDANA HUBUNGAN INDUSTRI( INDUSTRY LINKAGE FUND – ILF) 2.0

Kuala Lumpur, 17 Jun 2025 – Majlis Getah Malaysia (MRC) hari ini secara rasmi
melancarkan Dana Hubungan Industri 2.0 (ILF 2.0), satu inisiatif strategik untuk
memperkukuhkan industri getah Malaysia melalui penyelidikan dan pembangunan
(R&D) serta kerjasama antara industri dan akademia. Majlis pelancaran tersebut telah
disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani, Menteri
Perladangan dan Komoditi.

ILF 2.0 bertujuan untuk menangani cabaran dalam inovasi teknologi bagi produk dan
proses pengeluaran berkaitan getah yang baharu atau yang telah ditambah baik, dengan
penekanan terhadap aktiviti pra-pengkomersialan. Dana ini akan menyokong syarikat produk getah hiliran di Malaysia dalam mengubah penyelidikan saintifik kepada usaha komersial yang dapat meningkatkan kedudukan industri di peringkat global.

ILF 2.0 mencerminkan visi Kerajaan terhadap industri getah yang mampan dan berdaya
saing, selaras dengan aspirasi negara untuk membina ekonomi bernilai tinggi dan
didorong oleh inovasi. Ia merupakan inisiatif yang tepat dan strategik oleh MRC dalam
menegaskan komitmen Kerajaan untuk menggalakkan aktiviti berbentuk penyelidikan,
inovasi, dan pengkomersialan berimpak tinggi dalam sektor getah.

Berdasarkan kejayaan inisiatif terdahulu iaitu Dana Hubungan Industri (ILF) dan Dana
Inovasi Getah Global (Global Funding for Rubber Innovation – GFRI), ILF 2.0 mengambil
pendekatan yang lebih tertumpu dan berimpak. Program pembiayaan sebelum ini telah berjaya menghasilkan pembangunan dan pengkomersialan beberapa inovasi serta
produk getah baharu melalui kerjasama strategik antara pemain industri dan institusi
penyelidikan tempatan, sekali gus mengukuhkan hubungan industri-akademia.

ILF 2.0 menyediakan geran separa sehingga RM300,000 bagi setiap projek, dengan
nisbah pembiayaan 70:30 untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan 50:50 bagi
syarikat besar.

Dana ini terbuka kepada syarikat produk getah yang berdaftar di Malaysia. Syarikat-
syarikat ini amat digalakkan untuk bekerjasama dengan institusi penyelidikan tempatan atau antarabangsa. Projek yang dibiayai mestilah menunjukkan daya maju pasaran, peningkatan nilai produk, atau penambahbaikan proses yang boleh menyumbang kepada margin keuntungan yang lebih tinggi serta meningkatkan daya saing industri.

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *