KUALA LUMPUR, 2026 – Sempena kehadiran bulan Ramadan, dua jenama restoran tempatan terkenal, Gajah Tiga Cafe dan Farmer Village, buat julung kalinya berganding bahu mempersembahkan Buffet Ramadan Sajian Imbauan Desa, yang menampilkan lebih 70 hidangan warisan Melayu untuk seisi keluarga.

Kolaborasi eksklusif ini menyatukan kepakaran nyatukan kepakaran kedua-dua jenama dalam mengangkat citarasa tradisional Melayu berkonsepkan suasana bazar Ramadan yang penuh nostalgia, sekali gus menjadikan pengalaman berbuka lebih bermakna.
Lebih 70 Menu Warisan Melayu
Antara hidangan utama yang menjadi tarikan termasuk:
Cucur Udang ‘signature’ Gajah Tiga
Rendang Tok
Ayam Masak Lemak Cili Api
Gulai Daging Kawah
Sate Ayam & Daging
Tempoyak Pucuk Ubi
Kambing Golek


Selain itu, pengunjung turut disajikan menu pembuka selera seperti Gado-Gado, Kerabu Pegaga, Kerabu Ikan Bilis, serta pelbagai jenis lauk kampung yang menggamit memori.
20 Jenis Kuih Tradisional & Pencuci Mulut
Buffet ini turut dimeriahkan dengan hampir 20 jenis kuih tradisional dan pencuci mulut, antaranya:
Pengat Pisang
Bubur Pulut Hitam
Coconut Brownies
Roti Jala
Cucur Jawa
Bingka Ubi
Talam Cendol
Aneka Rojak Buah & Aiskrim


Kolaborasi Pertama, Konsep Unik
Pengasas Farmer Village, Dato’ Peter Ng, berkata kerjasama ini bertujuan menawarkan variasi menu yang lebih luas serta pengalaman berbuka yang berbeza.
“Ini merupakan kali pertama Farmer Village menganjurkan buffet Ramadan. Kami mengetengahkan konsep suasana bazar bagi menggamit memori kemeriahan bulan puasa,” katanya.
Beliau turut menambah bahawa Farmer Village disasarkan sebagai lokasi rekreasi untuk tiga generasi, menggabungkan makanan, minuman dan persekitaran santai.
Sementara itu, Pengarah Syarikat Gajah Tiga, Nazri Hendra, menyifatkan kolaborasi ini sebagai peluang memperkukuh jenama dalam arena masakan Melayu.
“Gabungan ini bermula dengan idea untuk mencari rakan yang berkongsi matlamat yang sama – memartabatkan masakan tradisional Melayu dengan sentuhan moden,” ujarnya.
Tarikh & Harga
Buffet Ramadan Sajian Imbauan Desa akan bermula 23 Februari 2026.
Harga:
Dewasa: RM78 – RM128
Early Bird (1,000 pelanggan terawal): RM68 – RM98
Tempahan & Maklumat
📞 012-725 9113 / 012-747 9113
📲 WhatsApp: https://wa.me/message/RUP34T3L32FPB1�
Info Ringkas
Farmer Village
Diasaskan oleh Dato’ Peter Ng, terletak di atas tanah seluas 60 ekar dengan konsep rekreasi keluarga dan berkait rapat dengan jenama Uncle Farmer.
Gajah Tiga Cafe
Ditubuhkan pada 2014 di Taman Maluri sebelum berpindah ke Hotel Maluri, kini menawarkan lebih 100 jenis makanan dan minuman setiap hari dengan fokus kepada masakan tradisional Melayu.
Buffet ini bukan sekadar hidangan, tetapi satu pengalaman berbuka yang menghidupkan semula kenangan desa — sesuai untuk keluarga, rakan dan komuniti sepanjang Ramadan ini.



