NGO Ihsan Madani Raikan 130 Insan Istimewa Sempena Ramadhan 2024
KUALA LUMPUR : Bersempena Ramadhan 2024, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Ihsan Madani (IM) meraikan seramai 130 Insan Istimewa yang merupakan ahli Persatuan Kebajikan Insan Istimewa Jati Diri (PERJATI) di PPR Desa Rejang, SETAPAK pada 18 Mac 2024.
Program ini diinisiatifkan oleh Pertubuhan Ihsan Madani dengan kerjasama Persatuan Insan Istimewa Jati Diri (PERJATI).
Program ini mendapat sokongan penuh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan disokong oleh pihak DBKL dan Persatuan Penduduk Desa Rejang.
Program ini merupakan sebahagian kempen Ihsan Ramadhan yang dikuasakan oleh Ihsan Madani.
Kempen ini menfokuskan kepada golongan sasar yang memerlukan seperti asnaf, fakir miskin, anak yatim, dhuafa’, masyarakat ‘orang asal, muallaf dan mangsa perang/bencana.
Menurut Pengurus Besar Pertubuhan Ihsan Madani, Encik Zulfadhli, seramai 130 orang ahli Persatuan Kebajikan Insan Istimewa Jati Diri (PERJATI) menerima sumbangan Kotak Kantung Ihsan dan wang tunai beserta tajaan iftar.
Sumbangan Tajaan Ihsan Ramadan Bersama Insan Istimewa Jati Diri (PERJATI) ini adalah sebanyak RM 49,665.00.
Katanya, IM juga membuka peluang kepada orang awam di luar sana untuk sama-sama berkongsi rezeki serta nikmat berbuka puasa bersama mereka yang memerlukan.
Jadi, orang ramai yang ingin turut menyumbang, boleh layari sesawang www.ihsanmadani.org atau hubungi di talian 011-5421 6271.