NH Mall Worldwide Empire Lancar Pejabat Baru & Kerjasama Perniagaan di Shasbury Putrajaya

  • January 28, 2025
  • 2 min read
NH Mall Worldwide Empire Lancar Pejabat Baru & Kerjasama Perniagaan di Shasbury Putrajaya

Putrajaya, 27 Januari 2025 – NH Mall Worldwide Empire telah mengadakan majlis pelancaran pejabat baru di Shasbury Putrajaya serta mengumumkan kerjasama strategik dengan rakan kongsi niaga dalam pelbagai produk dan perkhidmatan.

Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan daripada Ustaz Zawawi, yang bersama-sama rakan kongsi perniagaan merasmikan pejabat baru NH Mall Worldwide Empire.

Dalam pelancaran tersebut, platform E-dagang baru juga dilancarkan sebagai medium utama untuk menghubungkan perniagaan dalam talian dan luar talian.

Sesi Perkongsian Pengetahuan oleh Rakan Kongsi Perniagaan, Ustaz Johari, seorang usahawan berpengalaman, berkongsi cara-cara untuk menghasilkan pendapatan melalui kerjasama perniagaan yang saling memberi manfaat.

Beliau memberikan panduan kepada para peserta bagaimana usaha bersama dapat meningkatkan keuntungan syarikat.

Diikuti oleh Datuk Dr. Saperi, seorang pakar dalam pengurusan perniagaan dan industri perfileman, yang memberi perkongsian mengenai strategi perniagaan untuk mencapai kejayaan.

Beliau memberikan petua penting mengenai bagaimana menjadi seorang usahawan yang berjaya dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif.

Seterusnya, Sesi Taklimat tentang Kripto oleh Ustaz Zawari, satu sesi taklimat mengenai mata wang kripto telah disampaikan oleh Ustaz Zawari, seorang pakar dalam bidang tersebut.

Beliau memberi panduan praktikal tentang bagaimana mengelakkan penipuan dalam perniagaan digital serta membuka peluang untuk mendalami industri kripto yang sedang berkembang pesat.

Penutupan Acara dengan sesi bergambar bersama para tetamu di hadapan pejabat baru NH Mall Worldwide Empire.

Sebagai tanda persaudaraan, acara diteruskan dengan selawat qasidah, nyanyian nasyid, serta ceramah mengenai Isra’ Mi’raj.

Para peserta kemudian menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah sebelum acara selesai pada jam 10.00 malam.

NH Mall kini terus melangkah maju sebagai sebuah syarikat perniagaan milik umat Islam yang menyediakan platform digital dan fizikal untuk mempamerkan pelbagai produk usahawan tempatan.

Usaha ini membuka peluang untuk usahawan tempatan bersaing di pasaran global serta mempermudahkan sistem jual beli secara lebih efektif dalam talian dan luar talian dengan sokongan kerjasama rakan kongsi strategik, NH Mall berhasrat untuk terus berkembang dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *