OKU FEST 2.0: Festival Seni Insan Istimewa

  • November 29, 2024
  • 2 min read
OKU FEST 2.0: Festival Seni Insan Istimewa

Festival Seni Insan Istimewa yang kini dikenali sebagai “OKU FEST 2.0” akan
berlangsung pada 30 November dan 1 Disember 2024 bertempat di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur, Dataran Merdeka, dari jam 10 pagi
hingga 8 malam.

Susulan kejayaan penganjuran pertamanya pada Oktober 2022, festival ini kembali dengan pelbagai pengisian baharu dan menarik
untuk meraikan bakat serta keunikan komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU).

Majlis ini akan dirasmikan oleh YB Senator Tuan Isaiah D. Jacob, Ahli Dewan Negara yang mewakili komuniti OKU. Dengan tema “My Ability is Stronger Than My Disability”, festival ini bertujuan untuk membuktikan bahawa kekurangan bukanlah penghalang, sebaliknya
menjadi kekuatan luar biasa yang perlu diterokai dan diraikan.

Sepanjang dua hari penganjuran, pelbagai aktiviti telah dirancang untuk
memenuhi minat serta meraikan bakat golongan istimewa. Antaranya:

  • Pertandingan Akhir Bakat Seni Suara SBM
  • Pertandingan Canting Batik khas untuk kanak-kanak autisme dengan
    hadiah wang tunai
  • Persembahan OKU Jam menampilkan bakat luar biasa seperti Rizwan
    dan Lan Taroo , persembahan istimewa oleh Amal AF/Ex-OAG dan
    kumpulan muzik ska, Reloveution
    Selain itu, satu sesi forum bertajuk “Autism Adalah Superpower!” turut
    diadakan, menampilkan YB Altimet, ADUN Lembah Jaya yang juga seorang
    individu dyslexia, sebagai salah seorang panelis.
    Pada hari kedua, acara kemuncak termasuk OKU Fest Idol dan Bengkel KL
    Street Artist, iaitu program khas pengambilan permit seniman jalanan yang
    memberi peluang eksklusif kepada warga OKU.
    Festival ini dianjurkan oleh Persatuan Karyawan Malaysia dengan sokongan
    padu daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian
    Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), serta rakan strategik
    seperti Malaysian Association for the Blind (MAB), Pertubuhan Orang Cacat
    Penglihatan Malaysia (SBM), dan Dyslexia Genius. Turut terlibat diadalam
    acara ini ialah golongan selebriti seperti Radhi Kahlid , Rozita Rohaizad , Mel
    dan ramai lagi
    Pameran dan jualan seni turut menjadi daya tarikan festival ini, meliputi seni
    muzik, seni kraf, seni catan, dan pelbagai bidang lain, yang menampilkan
    bakat komuniti OKU termasuk mereka dengan kelainan upaya penglihatan,
    pendengaran, pertuturan, anggota badan, dan autisme.

Program ini diadakan secara percuma dan terbuka kepada semua lapisan
masyarakat tanpa mengira latar belakang. Orang ramai digalakkan hadir untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan istimewa kita dan menyaksikan sendiri kekuatan serta keindahan seni yang dipersembahkan.

Bagi individu OKU yang berminat menyertai program ini, sila hubungi urusetia
di 014-7176276 (Amad) untuk maklumat lanjut.
Marilah bersama-sama meraikan bakat dan keunikan komuniti istimewa ini.
“OKU FEST 2.0” adalah bukti nyata bahawa kekurangan bukanlah halangan,
tetapi pemangkin kepada kejayaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *