Operasi khas Teknikal JPJ di Terminal Bas Genting Highland sempena Ops hari raya Aidilfitri (HRA) 2022

6 MEI 2022 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sedang memantau secara dekat pengoperasian penuh kenderaan perkhidmatan awam
khususnya bas ekspres dan bas persiaran, selaras dengan fasa
peralihan negara dari fasa pendemik kepada endemik, yang mana
sektor pelancongan menerima tempahan yang tinggi daripada orang ramai untuk menggunakan Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA).
Pemantauan ini bertujuan memastikan bas ekspres dan bas
persiaran yang beroperasi berada dalam keadaan road worthiness
dan tahap perkhidmatan yang disediakan juga mematuhi piawaian
operasi yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987
(Akta 333), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) dan Akta
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta
Kaedah dibawahnya.
Selain itu, operasi khas teknikal yang dilaksanakan pada hari
ini juga adalah merupakan salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
JPJ untuk keselamatan pengguna KPA yang digariskan dalam tempoh pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2022.
Seperti mana sedia maklum, Ops HRA 2022 telah bermula secara
berfasa iaitu fasa advokasi Pra Hari Raya, mulai 18 hingga 28 April
2022, yang juga meliputi pemeriksaan teknikal di depoh bas mulai
25 hingga 28 April 2022. Fasa kedua pula, adalah aktiviti
penguatkuasaan penuh, mulai pada 29 April 2022 hingga 8 Mei
- Magnitud penguatkuasaan Ops HRA 2022 JPJ pada kali ini
adalah untuk memastikan budaya pematuhan peraturan jalan raya
berada pada tahap tertinggi, bagi memastikan kelancaran aliran
trafik dan seterusnya mengurangkan kadar kemalangan dan
kematian di jalan raya.
Dalam tempoh Ops HRA 2022 ini, JPJ telah melakukan
pemeriksaan khas di 77 depoh bas dan 28 terminal bas utama di
seluruh Malaysia. Justeru itu, Operasi khas pemeriksaan yang
dilaksanakan di Terminal Bas Genting Highlands pada hari ini
merupakan segmen pemeriksaan khas yang memfokuskan
kepada aspek teknikal ke arah memastikan bas ekspres dan bas
persiaran yang beroperasi di laluan berbukit tinggi, curam dan
jalan berselekoh seperti di Genting Highlands ini mempunyai
tahap piawaian teknikal yang selamat terutamanya sistem brek,
tayar dan sebagainya- Utvmsia