Pelaburan Korea mencecah RM1 Billion Kukuhkan Industri Aeroangkasa Malaysia, Cipta Peluang Pekerjaan kepada graduan serta nilai tambah sektor pendidikan berkemahiran tinggi

  • May 1, 2025
  • 3 min read
Pelaburan Korea mencecah RM1 Billion Kukuhkan Industri Aeroangkasa Malaysia, Cipta Peluang Pekerjaan kepada graduan serta nilai tambah sektor pendidikan berkemahiran tinggi

Shah Alam, 30 April 2025 – Satu inisiatif pelaburan strategik dari Korea Selatan ke dalam industri aeroangkasa Malaysia diumumkan hari ini dalam satu pertemuan khas bersama pihak Invest Selangor. Majlis ini disertai oleh JM Advanced Technology Sdn Bhd, JM Corporation Korea Limited, dan TRA Corporation Limited bersama wakil-wakil teknikal dan industri bagi membincangkan potensi besar pelaburan bernilai RM1 bilion tersebut.

Menurut En.Muhammad Nor Ali Abdullah dari Yayasan Kasih Tauhid, ini merupakan langkah penting bukan sahaja dalam memperkukuh teknologi negara tetapi juga membuka lebih seribu peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat Malaysia.

“Pagi ini kita berada di Invest Selangor untuk mendapatkan informasi dan perkembangan mengenai pelaburan yang boleh digerakkan oleh rakan-rakan kita dari Korea ke dalam industri aeroangkasa Malaysia. Ini adalah usaha untuk menambah peluang pekerjaan dan memperkukuhkan pemindahan teknologi tinggi ke dalam negara kita,”- Muhammad Nor Ali Abdullah

En. Muhammad Nor Ali Abdullah

JM Advanced Technology yang berpangkalan di Tasik Gelugor, Pulau Pinang merupakan rakan strategik tempatan kepada JM Corporation dari Korea. Turut serta dalam delegasi pelaburan ini adalah syarikat TRA Corporation Limited yang terlibat secara langsung dalam teknologi pengeluaran komponen aeroangkasa.

Melalui pertemuan ini banyak perkara yang telah dibincangkan. Menurut Ketua Pembangunan JM Corporation Korea En Jung Hyun Kwon menyatakan kegembiraan beliau kerana dapat berkongsi perancangan membangunkan kilang pengeluaran komponen aerobridge berteknologi tinggi dan pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di Malaysia. Usaha ini telah dirintis sejak 2017 dan kini memasuki fasa pengembangan yang lebih besar.

“Kami ingin menjadikan Malaysia sebagai pusat teknologi penerbangan untuk rantau Asia. Jika pembangunan ini berjaya, kami akan membina pusat R&D dan pengeluaran yang boleh menampung permintaan dari negara jiran seperti Singapura dan Thailand,” kata beliau.

Menurut perancangan awal, antara 50 hingga 100 tenaga kerja akan diambil pada peringkat permulaan. Pakar-pakar dari Korea juga akan terlibat dalam proses pemindahan teknologi dan latihan teknikal kepada rakyat Malaysia.

Perbincangan awal kerjasama ini melibatkan beberapa tokoh penting industri, antaranya:

  1. Muhammad Nor Ali Abdullah (Yayasan Kasih Tauhid)
  2. Raja Mohd Syazwan Raja Mohamad (JM Advanced Technology Sdn Bhd)
  3. Jung Hyun Kwon (Pemilik JM Corporation Korea Limited)
  4. Yeon Ho Kim (Pemilik TRA Corporation Limited)
  5. Sang Hun Jeong (Senior Engineer, TRA Corporation Limited)
  6. Jamaluddin Ibrahim (Makiplago Sdn Bhd)

Pelaburan ini sejajar dengan matlamat Pelan Induk Aeroangkasa Malaysia dan sasaran kerajaan untuk menjadikan negara sebagai hab eksport utama komponen penerbangan di Asia Tenggara dan Timur Tengah. Ia juga dijangka memberi kesan berganda kepada sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pembangunan modal insan tempatan.

“Kami mengalu-alukan pelaburan berimpak tinggi seperti ini yang memperlihatkan kesungguhan negara luar untuk berkongsi teknologi dan mencipta nilai jangka panjang untuk Malaysia,” tambah Muhammad Nor Ali.

Dengan kesediaan kerajaan, institusi pelaburan seperti Invest Selangor, serta pemain industri untuk bekerjasama, pelaburan ini dijangka menjadi titik tolak kepada kebangkitan Malaysia dalam sektor teknologi tinggi penerbangan antarabangsa.

JM Corporation, TRa와 전략적 협력 발표, 말레이시아 항공 공장 개발

쿠알라룸푸르 – JM Corporation은 파트너인 Xia Zhihuan 씨와 함께 한국의 TRa와 협력하여 페낭 국제공항 2단계 여객 터미널 개발 프로젝트에 참여한다고 발표했습니다. JM Corporation의 대표인 권준현 씨는 이번 중요한 프로젝트에 참여하게 되어 기쁘다고 전하며, 이 프로젝트가 말레이시아 경제에 큰 영향을 미칠 것으로 기대하고 있습니다.

권 대표는 이번 프로젝트가 말레이시아 항공 인프라를 확장하는 것뿐만 아니라, 현지 생산 공장을 만드는 목적도 있다고 밝혔습니다. “우리는 50명에서 100명 사이의 직원을 고용할 계획이며, 이는 말레이시아 경제에 큰 기여를 할 것입니다. 또한, 한국에서 뛰어난 인력을 말레이시아로 데려와 교육을 받을 계획입니다.”라고 말했습니다.

말레이시아가 아시아 동남아시아의 전략적 위치에 있다는 점이 이 프로젝트를 위한 주요 선택 이유입니다. “말레이시아의 전략적 위치 덕분에 우리는 싱가포르와 태국 등 인근 국가들로 제품을 수출할 수 있는 큰 잠재력을 보고 있습니다. 이는 말레이시아 항공 산업 발전에 매우 좋은 기회가 될 것입니다.”라고 권 대표는 덧붙였습니다.

이 프로젝트는 또한 한국의 첨단 기술을 말레이시아에 도입하여 글로벌 기술 개발을 지원하는 기회로 여겨지고 있습니다. “우리는 한국의 우수한 기술을 전 세계에 소개할 수 있기를 기대하며, 말레이시아가 그 중심이 되기를 바랍니다.”라고 권 대표는 말했습니다.

그는 이번 협력이 시작에 불과하며, 앞으로 말레이시아에서 더 많은 한국의 첨단 기술이 적용되어 글로벌 혜택을 가져올 수 있을 것이라고 확신했습니다.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *