Pelantikan pengerusi Interim SKMM

  • June 10, 2022
  • 2 min read
Pelantikan pengerusi Interim SKMM

Dimaklumkan mengenai pelantikan YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din sebagai Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).Pelantikan YBhg. Tan Sri Mohamad Salim sebagai Pengerusi Interim bagi menggantikan YBhg. Datuk Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek yang mengakhiri perkhidmatan pada 9 Jun 2022. Perkhidmatan Pengerusi Interim SKMM pula berkuat kuasa bermula 10 Jun 2022 sehingga lantikan Pengerusi baharu dibuat.

Lantikan ini adalah selaras dengan “Part II, Section 14 (Temporary Exercise of functions of Chairman” Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM1998) di mana salah seorang Ahli Suruhanjaya boleh dilantik menjalankan tugas sebagai Pengerusi bilamana berlaku kekosongan jawatan tersebut.

YBhg. Tan Sri Mohamad Salim merupakan Naib Pengerusi Eksekutif Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan sekarang turut berkhidmat sebagai Anggota Suruhanjaya kepada SKMM.

Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan MRCB. Beliau merupakan pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Gapurna Sdn Bhddan pernah menjawat pelbagai jawatan penting dalam pelbagai industri, termasuk sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Giant Malaysia dan Pengerusi Bukan Eksekutif British American Tobacco (Malaysia) Bermenurut Tan Sri annuar musa beliau yakin pelantikan YBhg.

Tan Sri Mohamad Salim akan membawa kesegaran dan suntikan baharu bagi membantu perkembangan industri telekomunikasi di negara ini.

Beliau juga percaya pemegang taruh industri telekomunikasi dan digital akan terus memberikan sokongan kepada pelbagai inisiatif dan usaha yang bakal diketengahkan oleh Kerajaan melalui SKMM yang bermatlamatkan untuk memberi manfaat dan kesejahteraan kepada Keluarga Malaysia, bukan sahaja di peringkat tempatan malahan di peringkat antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *