Lebih 8,000 peluang pekerjaan di Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia

  • June 11, 2022
  • 2 min read
Lebih 8,000 peluang pekerjaan di Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia

TAPAH, PERAK – Sekurang-kurangnya 8,000 peluang pekerjaan menanti pencari kerja di Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan Tapah, pada 11 hingga 12 Jun ini.

Karnival anjuran Kementerian Sumber Manusia menerusi agensinya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ini menawarkan peluang kerjaya kepada orang ramai khususnya golongan pencari kerja di negeri Perak merangkumi individu yang kehilangan pekerjaan, graduan, golongan mudah terjejas termasuk warga emas, orang kurang upaya (OKU), bekas banduan, veteran askar, orang asli dan golongan wanita.

Bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang, karnival pekerjaan ini bakal menghimpunkan sebanyak 30 majikan daripada pelbagai sektor seperti sektor perkhidmatan, pembuatan, perdagangan borong dan peruncitan, perhotelan serta makanan dan minuman.

Antara majikan yang terlibat dalam karnival ialah Plexus, UEM Edgenta, Panasonic, HICOM dan banyak lagi.Buat julung kalinya juga, PERKESO dengan Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) iaitu sebuah entiti penting yang menerajui pembangunan modal insan dan perkhidmatan pekerjaan di negeri Perak telah bekerjasama bagi menganjurkan karnival ini.

Menerusi Bajet 2022, majikan yang membuat pengambilan pekerja baharu melalui karnival ini akan berpeluang untuk menerima bantuan JaminKerja-Insentif Penggajian (JKIP)sehingga RM42,000 untuk tempoh maksimum 12 bulan.

Selain itu, bantuan mobiliti sehingga RM500 turut disediakan buat mana-mana pencari kerja yang layak dan berjaya mendapatkan pekerjaan.

PERKESO menyeru individu yang aktif mencari pekerjaan atau ingin meneroka peluang pekerjaan yang baharu untuk mencuba nasib dengan menghadiri sesi temu duga terbuka yang akan dijalankan secara bersemuka dengan majikan yang mengambil bahagian dalam karnival ini. – UTV Media Msia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *