PELUANG SERTAI WAKAF DI TANAH SUCI MELALUI PELANCARAN KPMC HARAMAIN SDN BHD
Satu usahasama telah terjalin antara KPMC, DAR iHsan Bhdd dan Shaikh Fawaz Basharaheel dari Kingdom of Saudi Arabia yang memiliki Pusat Perubatan terkemuka di Makkah iaitu Hospital Basharaheel, melalui penubuhan KPMC Haramain Sdn Bhd.
Kini, perkhidmatan pakej khas perubatan dan keperluan peralatan Kesihatan dapat dinikmati oleh jemaah haji dan umrah dengan mudah terutama bagi warga Istimewa (OKU), warga emas mahupun pesakit kronik, dialisis buah pinggang, pesakit asma, jantung dan lain-lain penyakit kritikal.
Dalam pada itu, kerjasama juga terbentuk dengan sokongan dan kepakaran daripada NGO dan Doktor – Doktor dari Malaysia dan negara-negara Asia.
KPMC Haramain dengan kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) mensasarkan beberapa fasiliti kesihatan serta ambulan dan dialisis dalam bentuk wakaf dengan menggunakan teknologi Ai dan drone.
Selain itu, peluang wakaf ini dibuka buat mereka yang ingin menyumbang kepada tetamu Allah di tanah suci bagi meringankan kos bebanan rawatan serta menjamin kesihatan mereka untuk menunaikan haji mahupun umrah.
Sebagai makluman, Basharaheel Group di Arab Saudi serta beberapa NGO yg berlesen di Arab Saudi dan juga di Malaysia telah bekerjasama bagi menggalas tanggungjawab ini demi kemaslahatan bersama.
Bagi tujuan meluaskan skop perkhimatan dan peluang wakaf ini kepada negara Asia, satu majlis tandangan Mou telah dipersetujui antara KPMC Haramain dan Asean Chamber of Commerce & Industri.
Jemaah haji dan umrah pastinya dapat menarik nafas lega dengan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan kerana Asian Chamber of Commerce yang akan memainkan peranan yang strategik dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada tetamu Allah di tanah suci melalui ahli-ahli dewan perniagaan mereka.
Sementara itu, Program bersama dengan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dengan Pengerusi Selangor dan Pengerusi KPMC, Datuk Hj Saroni Bin Hj Judi serta CEO KPMC Haramain, Datuk Hj Abdul Rahim Bin Hj Abdullah telah berjalan dengan lancar dengan kehadiran Datuk Sohaimi Shahadan, Chairman Asean Chamber of Commerce & Industry di KPMC. Melalui pelancaran majlis ini, hasrat rakyat Malaysia dan juga Dunia Melayu Dunia Islam untuk menyumbang kepada kesihatan tetamu Allah di tanah suci dapat direalisasikan.
Program yang julung kali dirasmikan di KPMC, Malaysia dengan kerjasama Asean Chamber of Commerce & Industry ini membuka peluang kepada badan-badan korporat NGO dan individu persendirian untuk turut serta menyumbang wakaf peralatan kesihatan, ambulan dan juga beberapa peralatan yang diperlukan oleh tetamu Allah di tanah suci.
Program ini menyasarkan sumbangan bernilai 1 juta ringgit bagi musim haji 1445 sebagai tujuan wakaf peralatan yang akan dimanfaatkan pada musim haji dan umrah di tanah suci nanti.
Sheikh Fawwaz Basharaheel, Presiden kepada KPMC Haramain turut hadir secara maya mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh peserta yang menyertai program ini dan beliau juga mengucapkan tahniah kepada KPMC kerana mngambil inisiatif ini untuk berkhidmat kepada tetamu Allah.
Beliau turut menjemput semua penggiat industri haji dan umrah untuk menghadiri program pada tahun ke 3 iaitu Pameran Umrah dan Haji yang akan dilaksanakan di Jeddah iaitu pada 8 – 11 Januari ini. Buat pengetahuan semua, Hospital Basharaheel telah ditubuhkan di Makkah lebih dari 30 tahun yang lalu.
Dalam pada itu, Team KPMC Haramain juga akan turut hadir untuk melaksanakan majlis perasmian di peringkat Arab Saudi.
Datuk Hj Abdul Rahim Bin Hj Abdullah, CEO KPMC Haramain berkata usaha ini selaras dengan apa yang dicetuskan pada tahun 2013 iaitu hasrat Road2 Haramain, satu inisiatif untuk membantu meringankan kos bebanan kepada Jemaah haji dan umrah untuk ke tanah suci.
Tambah beliau, ia juga dapat menjaga nama baik rakyat Malaysia dengan bukti kecekapan pengendalian dan pengurusan jemaah haji dan umrah. Jelasnya, terdapat perubahan baru yang akan dilaksanakan di Arab Saudi tidak lama lagi dengan kehadiran beberapa syarikat baru yang akan diberikan lesen untuk menguruskan haji di peringkat Arab Saudi. Sehubungan itu, satu landskap baru akan dilakarkan melibatkan industri haji di peringkat global.
Beliau juga menyampaikan hasrat agar Malaysia dapat menjadi antara negara pelopor yang utama untuk berkhidmat dan metransformasikan kebolehan dan pengalaman mengendalikan umrah dan haji di tanah suci kepada negara-negara jiran dan negara Asian dan seluruh dunia dengan menggunakan sistem digitalisation of hospitality dan infotainment.
Selaku pengerusi DMDI, Datuk Hj Saroni Hj Judi dengan kerjasama dan juga Pengerusi KPMC Haramain dan KPMC Group ingin menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Sohaimi Shahadan yang sudi hadir untuk merasmikan progam KPMC Haramain bersama DMDI.
DMDI kini berkembang di lebih daripada 26 buah negara dengan objektif merealisasikan kehadiran melayu jati di seluruh dunia khususnya dunia islam dan menyumbang kepada perkhidmatan di tanah suci. Harapan beliau agar hasrat ini dapat di realisasikan secepat yang mungkin, insha-Allah.