Kajang Plaza Medical Centre Tawar Servis Baru KPMC Haramain Bantuan Khas Jalani Kegiatan Umrah
KPMC Haramain Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usahasama diantara KPMC, DAR iHsan Bhdd dan Shaikh Fawaz Basharaheel dari Kingdom of Saudi Arabia yang memiliki Pusat Perubatan terkemuka di Makkah iaitu Hospital Basharaheel.
KPMC Haramain diwujudkan untuk membantu warga Istimewa (OKU), warga Emas mahupun pesakit kronik, dialysis buah pinggang, pesakit asthma, jantung dan lain-lain penyakit kritikal untuk mendapat perkhidmatan pakej khas perubatan dan keperluan peralatan kesihatan sewaktu menjalankan ibadah Umrah dan Haji.
Kami juga bekerjasama dengan NGO dan Doktor – Doktor dari Malaysia dan negara-negara Asia untuk menyumbang kepada kesihatan tetamu haji dan umrah ini.
Menggunakan teknologi Ai dan drone KPMC Haramain dengan kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) mensasarkan beberapa fasiliti kesihatan serta ambulan dan dialisis dalam bentuk wakaf dan juga membuka peluang kpd mereka yang ingin menyumbang kepada tetamu Allah di tanah suci bagi meringankan kos bebanan rawatan serta menjamin kesihatan mereka untuk menunaikan haji mahupun umrah.
Inisiatif ini dijalankan dengan kerjasama Basharaheel Group di Arab Saudi serta beberapa NGO yg berlesen di Arab Saudi dan juga di Malaysia.
Hari ini KPMC Haramain menandatangi MoU dengan Asean Chamber of Commerce & Industri dengan tujuan meluaskan skop perkhimatan dan peluang wakaf ini kepada negara Asia.
Sungguhnya Asian Chamber of Commerce memainkan peranan yang sangat strategik untuk berkhidmat kepada tetamu Allah di tanah suci melalui ahli-ahli dewan perniagaan bagi memastikan tetamu allah dapat menggunakan perkhidmatan mereka dengan selesa.
Dengan kehadiran Datuk Sohaimi Shahadan Chairman Asean Chamber of Commerce & Industry di KPMC pada hari ini, kami dapat melancarkan program bersama dengan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dengan Pengerusi Selangor dan Pengerusi KPMC Datuk Hj Saroni Bin Hj Judi serta CEO KPMC Haramain Datuk Hj Abdul Rahim Bin Hj Abdullah bagi merealisasikan hasrat Malaysia untuk menyumbang dan juga Dunia Melayu Dunia Islam kepada kesihatan tetamu Allah di tanah suci.
Program ini yang julung kali dirasmikan di KPMC di Malaysia dengan kerjasama Asean Chamber of Commerce & Industry bagi memberi ruang dan peluang kepada badan-badan koporat NGO dan individu yang ingin menyertai perkhidmatan tetamu Allah di tanah suci dengan menyumbang wakaf peralatan kesihatan, ambulan dan juga beberapa peralatan yang diperlukan oleh tetamu Allah di tanah suci.
Sasaran pada tahun ini untuk musim haji 1445 sejumlah 1 juta ringgit dan jumlah ini adalah sumbangan untuk mewakafkan peralatan yang akan digunakan pada musim haji dan umrah di tanah suci.
Program ini dengan kerjasama Hospital Basharaheel yang diketuai oleh Sheikh Fawwaz Basharaheel iaitu Presiden kepada KPMC Haramain. Sheikh Fawwaz hadir secara maya dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh peserta yang menyertai program ini dan
beliau juga mengucapkan tahniah kepada KPMC kerana mngambil inisiatif ini untuk berkhidmat kepada tetamu Allah.
Hospital Basharaheel telah ditubuhkan di Makkah lebih dari 30 tahun yang lalu dan Sheikh Fawwaz menjemput semua pengiat industry haji dan umrah untuk menghadiri program pada tahun ke 3 iaitu Pameran Umrah dan Haji yang akan dilaksanakan di Jeddah iaitu pada 8 – 11 Januari ini. Team KPMC Haramain akan hadir untuk melaksanakan majlis perasmian di peringkat Arab Saudi.
Menurut CEO KPMC Haramain, Datuk Hj Abdul Rahim Bin Hj Abdullah, usaha ini selaras dengan apa yang dicetuskan 10 tahun yang lalu pada tahun 2013 dengan hasrat Road2 Haramain iaitu satu inisiatif untuk membantu meringankan kos bebanan kepada tetamu Allah untuk ke tanah suci menunaikan umrah mahupun haji.
Ia juga akan membantu untuk menjadikan rakyat Malaysia antara negara yang amat disegani dengan cara pengurusan mengendalikan tetamu allah dan beliau juga menyebut berkaitan dengan perubahan baru yang akan dilaksanakan di Arab Saudi tidak lama lagi dengan kehadiran beberapa Syarikat baru yang akan diberikan lesen untuk menguruskan haji di peringkat Arab Saudi.
Perubahan tersebut akan menukar landskap industri Haji di peringkat global. Beliau berharap agar digitalisation of hospitality and infotainment yang diketuai dapat menjadikan Malaysia antara negara yang utama yang merebut peluang untuk berkhidmat dan transform kebolehan dan pengalaman mengendalikan umrah dan haji di tanah suci kepada negara-negara jiran dan negara Asian dan seluruh dunia, insya Allah.
Datuk Hj Saroni Hj Judi selaku pengerusi DMDI dengan kerjasama dan juga Pengerusi KPMC Haramain dan KPMC Group ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Sohaimi Shahadan yang sudi untuk merasmikan progam KPMC Haramain bersama DMDI. DMDI berada dilebih daripada 26 buah negara dan juga merupakan sebuah inisiatif untuk merealisasikan kehadiran melayu jati di seluruh dunia khususnya dunia islam dan menyumbang kepada perkhidmatan di tanah suci.