Port Dickson, 2 Mei 2026 –
Kerajaan Negeri Sembilan melalui Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan berjaya menganjurkan Nismilan Water Music Festival 2026 sebagai salah satu acara ikonik dalam kalendar Tahun Melawat Negeri Sembilan (TMNS2026).

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Puan Nicole Tan Lee Koon, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan. Pihak kementerian juga amat berbesar hati dengan kehadiran YBrs. Encik Chua Choon Hwa, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi menyokong inisiatif pemerkasaan pelancongan peringkat nasional ini.
Festival ini bukan sahaja menjadi platform penglibatan rakyat, malah membuktikan daya tarikan Negeri Sembilan melalui gabungan elemen muzik dan pelancongan air. Ribuan pengunjung telah dihiburkan dengan persembahan artis tersohor, Aisha Retno dan kumpulan Spider.

Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan acara ini !
#MyMOTAC #TaatSetia
#MalaysiaTrulyAsia #VisitMalaysia2026
#MySeniBudaya #SurrealExperiences
#MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI



