PUTRAJAYA – Bersedia untuk pengalaman kecantikan paling meriah tahun ini apabila “The Beauty & Fragrance House 2026” kembali berlangsung selama tiga hari bermula 8 hingga 10 Mei 2026 di IOI Grand Exhibition & Convention Centre, Putrajaya. Acara anjuran KL International Beauty Week (KLIBW) itu menjanjikan pengalaman hujung minggu penuh kecantikan, wangian dan aktiviti interaktif khas buat para beauty lovers di Malaysia.


Kemasukan ke acara ini adalah percuma dan pengunjung hanya perlu membuat pra-pendaftaran tiket menerusi Ticket2U.
Selepas kejayaan The Beauty House 2025, tahun ini KLIBW kembali dengan konsep lebih besar menerusi “The Beauty & Fragrance House 2026” yang menawarkan pengalaman kecantikan lebih immersive dan eksklusif untuk para pengunjung. Acara ini menghimpunkan industri kecantikan dan wangian dalam satu platform pengalaman interaktif, selain bertujuan menyokong perkembangan industri melalui penyertaan jenama, promosi berimpak tinggi serta pelbagai aktiviti menarik sepanjang acara berlangsung.



Dianjurkan oleh KL International Beauty Week, acara kecantikan terbesar di Malaysia itu dijangka menampilkan lebih 50 vendor yang terdiri daripada gabungan jenama kecantikan dan wangian tempatan serta antarabangsa.
Tahun ini juga menyaksikan CYOUNG tampil sebagai Penaja Bersama manakala THYNKER dan The Highlighter MY menjadi Rakan Media Rasmi. HWC Coffee pula menjadi Rakan Minuman Rasmi yang akan menyajikan kopi segar kepada pengunjung di The Highlighter MY Café sepanjang acara berlangsung.



Selain itu, Palm Garden Hotel Putrajaya, a Tribute Portfolio dan MOXY Hotel Putrajaya turut menjadi Rakan Hotel Rasmi. Sebanyak 10 bilik di kedua-dua hotel berkenaan akan diubah menjadi ruang “beauty playground” immersive khas untuk tetamu eksklusif. Setiap bilik akan menampilkan set kecantikan yang dikurasi khas di meja solek bersama sleep kits dan kelengkapan mandian premium untuk pengalaman lebih eksklusif buat para tetamu.
Antara pengalaman paling menarik di acara ini ialah POTIONS Perfume Bar, di mana pengunjung boleh menghasilkan wangian tersuai mereka sendiri. Bukan itu sahaja, Engrave.my sebagai Rakan Rasmi Ukiran turut menawarkan servis ukiran khas pada botol minyak wangi atau barangan terpilih untuk dijadikan cenderahati bermakna atau hadiah istimewa buat insan tersayang.
Acara ini juga dijangka menarik seramai 20,000 pengunjung sepanjang tiga hari berlangsung dengan pelbagai aktiviti interaktif menanti pengunjung.
Menerusi “The Fragrance Journal”, pengunjung boleh mengumpul enam cop check-in daripada reruai wangian terpilih untuk menjadikan pengalaman mereka lebih interaktif ketika meneroka dunia wangian. Aktiviti itu memberi peluang kepada pengunjung untuk singgah ke pelbagai booth, mencuba produk serta berinteraksi lebih dekat dengan jenama-jenama kegemaran mereka.
Sepanjang acara berlangsung, pengunjung juga boleh menikmati “Flash Deal Hour” di mana satu vendor akan ditampilkan setiap jam dengan promosi eksklusif dan tawaran istimewa. Beauty Stage pula bakal menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti pelancaran jenama, sesi soal jawab (Q&A) dan perkongsian Beauty Talk bersama pemain industri kecantikan.


Bagi pengunjung yang gemarkan permainan interaktif, mesin Claw dan Gashapon turut disediakan. Dengan pembelian minimum RM200, pengunjung layak bermain dan berpeluang memenangi hadiah eksklusif sepanjang acara berlangsung.
Salah satu lokasi wajib singgah di acara ini pastinya The Highlighter Café x HWC Coffee, sebuah coffee bar bergaya yang menawarkan ruang santai buat pengunjung menikmati kopi signature HWC Coffee sambil berehat daripada kesibukan membeli-belah dan aktiviti sepanjang acara berlangsung.
Antara highlight utama acara termasuk lebih 50 reruai Beauty & Fragrance melibatkan kategori perfume, makeup, skincare, kesihatan, wellness, penjagaan rambut dan pelbagai lagi, selain Fragrance Journal, Beauty Games, Claw Machine, Gashapon, Flash Deal Hour dan Highlighter Café x HWC Coffee.
Menurut Pengarah Kreatif KL International Beauty Week, Lira Jamaluddin, “The Beauty & Fragrance House 2026” bukan sekadar sebuah acara biasa, tetapi merupakan satu sambutan ekspresi diri, keyakinan diri dan kreativiti.
“Kami menghimpunkan pencinta wangian serta pakar industri untuk satu pengalaman imersif yang penuh dengan penemuan dan tawaran kecantikan terbaik. Sama ada anda datang untuk belajar, meneroka atau sekadar memanjakan diri, inilah ruang anda untuk berasa yakin dan mendapat inspirasi,” katanya.
Antara jenama yang bakal mengambil bahagian termasuk YOUNG, Simply Famous Perfume, Scentphoria, House of Amar, Bali Surfers Perfume, Malaya Perfumery, Prototype Perfume, Ask Fragrance, Odyssee, Q’rianz Luxe, Amysh Perfume, Govean Perfume, Fammy Faea, Amuse, Entropy, Jung Beauty, Dinto, Jardin Peau, Look Me Pretty Organica, Scent of Pluto, THREE, Trinley, Vaadi Organics, Haneul, Kyanz Perfume, Almas Perfume, Al-almira Perfume, Hassan Mart, HWC Coffee dan banyak lagi. Pengunjung juga bakal menikmati pengalaman interaktif, demonstrasi secara langsung serta tawaran eksklusif daripada jenama-jenama terlibat.
Orang ramai yang ingin hadir boleh mendapatkan tiket percuma menerusi Ticket2U dan mengikuti akaun rasmi @KLbeautyweek di Instagram serta TikTok untuk mendapatkan kemas kini terkini, intipan awal di belakang tabir dan pelbagai informasi berkaitan dunia kecantikan serta acara tersebut.
Maklumat Acara
Acara: The Beauty & Fragrance House Empowered by KLIBW
Tarikh: 8–10 Mei 2026
Lokasi: IOI Grand Exhibition & Convention Centre
Masuk: Percuma
Website: www.klbeautyweek.com
Tiket: Ticket2U
Hashtag Rasmi



