Penerimaan rakyat setempat kriteria utama bagi calon PRU-15 – Mahdzir

  • September 11, 2022
  • 1 min read
Penerimaan rakyat setempat kriteria utama bagi calon PRU-15 – Mahdzir

TASEK GELUGOR: Bagi mengukur tahap penerimaan kepada calon yang akan dikemukakan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15, UMNO membuat tinjauan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen (PRU-15). Penerimaan rakyat setempat, menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, adalah kelayakan penting bagi mana-mana calon pada pilihan raya akan datang.

“Calon yang bertanding perlu ambil kira orang (pengundi) mahu (calon itu) kita ambil atau tidak. Di DUN dan Parlimen, kita buat tinjuan, tengok orang ramai boleh terima atau tidak dan kalau ada orang lain (dipilih pengundi), kita ambil dia.

“UMNO juga ambil kira pandangan cawangan dan kita buat penilaian berasaskan orang yang boleh diterima,” kata Mahdzir, yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, pada sidang media selepas merasmikan Ekspo Lembaga Kemajuan Wilayah Utara (PERDA) 2022 di sini, malam tadi.

Mahdzir berkata demikian ketika mengulas gesaan supaya UMNO tidak menamakan semula calon yang tewas pada PRU lalu untuk bertanding kerana mereka telah ditolak rakyat.

Gesaan itu dibuat Timbalan Ketua UMNO Seberang Perak, Datuk Dr Guntur Tobeng yang mahu calon yang tewas tidak dicalonkan semula kerana akan menjejaskan kredibiliti parti. -UTVMediaMsia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *