Penganjuran Sukaneka Metadon Klinik Kesihatan Setapak julung kali diadakan mendapat sambutan luarbiasa

  • July 2, 2024
  • 2 min read
Penganjuran Sukaneka Metadon Klinik Kesihatan Setapak julung kali diadakan mendapat sambutan luarbiasa

Sabtu 29 Jun 2024- Sukaneka Metadon Peringkat Klinik Kesihatan Setapak telah berlangsung dengan jayanya, julungkali acara ini telah diadakan di Dewan D’Tasik, Kuala Lumpur dan ianya berjaya meraih sambutan yang diluar dugaan dan sangat luar biasa.

Ini membuktikan hubungan erat dikalangan peserta dan pihak klinik jelas baik. Peserta-peserta pula terdiri dari pelbagai peringkat umur dan ceria dalam suasana yang penuh harmoni dan saling hormat menghormati.

Juara Kumpulan menerima hadiah hamper.

Sukaneka ini adalah hasil kolaborasi antara Klinik Kesihatan Setapak serta Panel Penasihat Klinik dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) tempatan seperti Pejabat Kesihatan Titiwangsa, DBKL Cawangan Setiawangsa, PEMADAM Setiawangsa, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sentul, Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Sentul, IKRAM Setiawangsa, Kelab Amal Prihatin Setiawangsa, Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, dan Restoran Ali Maju.

Taklimat peserta agar kelancaran program

Sukaneka yang julung-julung kali diadakan ini dihadiri oleh lebih kurang 60 orang bekas penagih daripada program Metadon Klinik Kesihatan Setapak, Klinik Kesihatan Kuala Lumpur dan juga Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sentul.

Peserta acara baling Dart
Taklimat pembahagian kumpulan

Sukaneka yang dirasmikan oleh Dr Mohd Safwan bin Ibrahim, Pegawai Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan Titiwangsa ini bertujuan menggalakkan aktiviti sukan yang mempunyai pelbagai faedah kesihatan, disamping merapatkan hubungan antara ahli masyarakat dengan golongan bekas penagih yang sedang menjalani rawatan pemulihan.
Program yang mendapat kerjasama pelbagai agensi ini mencerminkan kasih sayang dan sokongan yang padu oleh masyarakat tempatan dalam membantu kepulihan klien-klien metadon agar mereka dapat bangkit semula dengan semangat juang yang tinggi melawan ketagihan dan kembali menjadi ahli masyarakat yang memberi manafaat kepada orang lain.

Pelbagai acara sukaneka menarik yang mencabar fizikal dan minda disediakan seperti acara bowling kelapa, telefon rosak, ‘Win, Lose or Draw’, baling dart, serta bawa bola dan straw. Acara-acara tersebut telah berjaya memeriahkan suasana dan memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan persahabatan dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.

Semoga acara sukaneka seperti ini akan terus dapat dijalankan dari masa ke semasa kerana ianya satu aktiviti yang terbukti dapat menghilangkan stres, menyihatkan badan, serta mengisi masa lapang dengan berfaedah.

Kiraan markah tertinggi
Sempat bergurau senda ketika acara berlangsung

Semoga program seperti ini akan terus mendapat sokongan dari pemimpin dan masyarakat tempatan, serta menjadi suntikan motivasi dan keazaman kepada klien-klien metadon untuk kekal jauh dari dadah, selain menjadi satu kenangan indah yang akan diingati sampai bila-bila.

Peserta veteran tidak terkecuali dalam games baling buah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *