PENGUMUMAN SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN (SHMMP) KRISMAS 2022

  • December 19, 2022
  • 2 min read


PUTRAJAYA, 20 Disember 2022 – Skim Harga Maksimum Musim
Perayaan (SHMMP) telah mula dilaksanakan di Negara kita sejak tahun
2000 sebagai sebahagian dari usaha prihatin kerajaan menstabilkan harga
barangan keperluan sesuatu perayaan ketika permintaan dijangka
meningkat untuk membolehkan rakyat Malaysia semua peringkat dan
berbilang kaum, agama dan budaya merayakan Hari Perayaan tersebut
dalam keadaan ceria dan harmoni.

  • Menjelang sambutan Krismas pada 25 Disember ini, SHMMP Krismas
    2022 akan dilaksanakan berkuatkuasa dari 23 Disember hingga 27
    Disember 2022. Tempoh pelaksanaan adalah selama 5 hari iaitu 2 hari
    sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 2 hari selepas perayaan.
    Pada masa yang sama, ayam dan telur ayam sedang dikawal harganya di
    bawah pelaksanaan penentuan harga ayam dan telur ayam.
  • Sebanyak 11 jenis barangan akan diwartakan bagi pelaksanaan
    SHMMP Krismas 2022. Senarai barangan bagi Skim ini adalah seperti
    berikut:
    (i) Ayam Tua Hidup (Dikawal di Sarawak)
    (ii) Kepak Ayam (Dikawal di Sarawak, Sabah dan WP Labuan)
    (iii) Daging Kambing Biri-Biri Import Bertulang
    (iv) Tomato
    (v) Lada Benggala Hijau

(vi) Kubis Bulat Import (China dan Indonesia)
(vii) Lobak Merah
(viii) Ubi Kentang Import (China)
(ix) Babi Hidup (Dikawal peringkat ladang)
(x) Daging Babi (Perut)
(xi) Daging Babi (Daging dan Lemak)

  • Tempoh pelaksanaan SHMMP Krismas 2022 kali ini adalah
    bersesuaian mengikut keadaan semasa, iaitu mewujudkan suasana
    menang-menang kepada pengguna dan peniaga. Pengguna dapat
    menikmati harga yang berpatutan dan peniaga pula tidak tertekan dengan
    tempoh masa pelaksanaan yang terlalu lama.
  • Penentuan harga ini dibuat dengan mengambil kira pandangan dari
    pemain industri, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS)
    serta agensi di bawahnya dan data-data harga barangan yang dikutip oleh
    Bahagian Harga Barang Negara (BHBN), KPDN.
  • SHMMP Krismas 2022 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan
    Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan membolehkan penentuan
    harga dibuat di semua peringkat. Harga maksimum yang telah ditetapkan
    untuk SHMMP Krismas 2022 di peringkat pengeluar, pemborong dan
    peruncit adalah seperti di Lampiran 1. Semakan harga boleh dibuat
    melalui website Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara
    Hidup di https://www.kpdnhep.gov.my
  • Pegawai-Pegawai Penguat Kuasa KPDN telah ditugaskan di lokasi-
    lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah
    barangan keperluan perayaan. Strategi ini membolehkan penguatkuasaan
    dilaksanakan dengan lebih berkesan di mana tindakan segera dapat diambil
    terhadap aduan pengguna dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga
    sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *