Peniaga Pasar Pagi Bandar Sg Long Mahu ‘Pasar Bertingkat’ tapak kekal

  • October 10, 2023
  • 2 min read
Peniaga Pasar Pagi Bandar Sg Long Mahu ‘Pasar Bertingkat’ tapak kekal

Bandar Sungai Long, 8 Oktober 2023 – Kira-kira 20 orang peniaga tapak pasar pagi di Bandar Sungai Long menyuarakan pendapat dan luahan mengenai isu perpindahan lokasi tapak niaga yang baru dinamakan ‘laman niaga’.

Terry Gibsan Sebastian, Setiausaha Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Bandar Sungai Long berkata, kita perlu hentikan spekulasi dan fitnah yang tular di media sosial dan surat khabar mengenai isu ‘Mengapa peniaga asal di tapak pasar pagi Sungai Long tidak mahu berpindah?’.

“Antara isu mengapa peniaga-peniaga di pasar pagi di Bandar Sg Long tidak berpindah adalah disebabkan kerana tiada fasiliti yang memuaskan di kawasan laman niaga tersebut.

“Tanah lapang yang tidak bersimen, kemudahan tapak parking juga tidak mencukupi, tiada bumbung serta tiada kemudahan air dan elektrik.

“Semua tahu jika fasiliti kurang seperti parking, orang ramai pun tidak mahu datang untuk membeli barang, kini pula ada dua tempat berniaga, ini menyusahkan pengunjung untuk datang kerana terpaksa pergi kedua tempat untuk membeli barang yang berlainan.

“Kami Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Bandar Sungai Long adalah persatuan asal yang dipilih oleh MPKJ untuk diberikan kelulusan menganjurkan pasar pagi sg long peniaga namun di laman niaga ada persatuan yang lain pula, hak mereka untuk menjaga kebajikan peniaga sahaja bukan hak untuk menjaga tapak pasar di laman niaga tersebut kerana penganjur adalah MPKJ,” katanya.

Fadhil bin Lihun, Penasihat Persatuan/ Penduduk Sg Long berkata, peniaga asal Sg Long sebulat suara memerlukan Tapak Kekal Pasar bertingkat di Laman Niaga supaya dapat memudahkan penduduk di sekitar Sungai Long.

“Bandar Sungai Long perlukan Tapak Pasar Bertingkat Kekal, kami ingin berpindah seperti yang dicadangkan namun kami memerlukan tapak niaga yang ‘kekal’ bukan sementara.

Semua peniaga disini sudah lama berniaga dan merupakan penduduk asal Sungai Long, rata-rata kami memerlukan tapak niaga bertingkat ‘kekal’ serta kemudahan fasiliti seperti tapak letak kereta, dan tandas.

“Cadangan kami adalah pasar 6 tingkat meliputi tapak niaga, tandas, tapak parking, serta dewan orang ramai di tingkat paling atas,” katanya. – UTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *