PENYERTAAN PAVILION MALAYSIA DI MWC BARCELONA 2024 PERKUKUH KERJASAMA ANTARABANGSA

  • February 27, 2024
  • 1 min read
PENYERTAAN PAVILION MALAYSIA DI MWC BARCELONA 2024 PERKUKUH KERJASAMA ANTARABANGSA

BARCELONA, 26 Februari 2024 – Malaysia telah dengan jayanya melancarkan
Pavilion Malaysia yang membuat penampilan sulung di Mobile World Congress
(MWC 2024). Penyertaan Malaysia di MWC 2024 diketuai oleh Menteri Komunikasi,
YB Fahmi Fadzil, dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak sebagai agensi pelaksana.

Bertemakan “Accelerating a Connected Tomorrow”, pavilion ini membuka peluang
untuk Malaysia menyerlahkan komitmen dan ketersediaan sebagai hab inovasi dalam
sektor komunikasi. Pavilion Malaysia di MWC 2024 menampilkan para pempamer
daripada sektor komunikasi di peringkat antarabangsa.

YB Fahmi Fadzil berkata, “Tema Pavilion Malaysia ini mencerminkan komitmen
Malaysia untuk memacu pembangunan dan inovasi yang kini bergerak pantas. Kami
menyasarkan Malaysia kekal berada di barisan hadapan kemajuan teknologi.”
Hingga penghujung 2023, 8.4 juta premis telah memperoleh akses Internet
berkelajuan gigabit dan purata kelajuan jalur lebar amat membanggakan iaitu
mencecah 178.1Mbps. Selain itu, liputan rangkaian di kawasan berpenduduk
mencatatkan 97.07 peratus.

Satu lagi kejayaan pelaksanaan 5G Malaysia ialah menerusi penubuhan Syarikat
Tujuan Khas (SPV) untuk mempercepat proses pelaksanaan 5G. Hasilnya, Malaysia
mencatatkan 80.2 peratus liputan rangkaian di kawasan berpenduduk.

Menurut data Ookla, Malaysia kini berada di kedudukan pertama di seluruh dunia
untuk Skor Konsistensi 5G pada tahap 97.27 peratus. Skor tersebut merupakan
metodologi khusus Ookla untuk mengukur kelajuan yang memenuhi kedua-dua
kriteria – muat turun dan muat naik – masing-masing 25 Mbps dan 3 Mbps.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *