SEDEKAD PUSAT REHABILITASI PERKESO: 15,664 INDIVIDU TERIMARAWATAN PEMULIHAN DI PUSAT REHABILITASI PERKESOALERT: 10,615 INDIVIDU BERJAYA PULIH SEPENUHNYA

  • February 26, 2024
  • 2 min read
SEDEKAD PUSAT REHABILITASI PERKESO: 15,664 INDIVIDU TERIMARAWATAN PEMULIHAN DI PUSAT REHABILITASI PERKESOALERT: 10,615 INDIVIDU BERJAYA PULIH SEPENUHNYA

KOTA KINABALU: Seramai 15,664 individu telah menerima rawatan pemulihan di
Pusat Rehabilitasi milik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sejak 1
Oktober 2014 hingga 31 Januari lalu.
Pengarah Eksekutif Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak (PRPTAR),
Datuk Dr. Hafez Hussain memaklumkan daripada 15,664 individu terbabit 783
individu bersamaan lima peratus yang menjalani rawatan pemulihan adalah daripada
Sabah.

”Sejak PERKESO mula menawarkan rawatan pemulihan di PRPTAR, pusat -pusat
rehabilitasi satelit serta pusat rehabilitasi rakan strategik PERKESO dianggarkan
lebih 67 peratus bersamaan 10,615 pesakit meliputi pelbagai golongan, iaitu
pencarum, suri rumah, pekerja asing dan bukan pencarum telah berjaya pulih
sehingga berupaya kembali bekerja dan mampu berdikari.
”Program Jelajah Sedekad Pusat Rehabilitasi PERKESO dilaksanakan bersempena
sedekad penubuhan pusat rehabilitasi ini dengan tujuan memberi pendedahan
kepada masyarakat berkaitan peranan PERKESO dalam menyediakan perlindungan
inklusif dan komprehensif sepanjang hayat bermula daripada kelahiran hingga
kematian (from womb to tomb) kepada golongan pencarum dan tanggungan mereka
demi memastikan bahawa tiada sesiapa yang terpinggir termasuk perkhidmatan
pemulihan PERKESO merangkumi perkhidmatan rehabilitasi.

”Seramai 82 orang menyertai program melibatkan wakil agensi kerajaan dan swasta,
pertubuhan bukan kerajaan, persatuan, wakil majikan, wakil pekerja, hospital, pusat
perubatan dan pemimpin masyarakat sekitar Sabah serta pegawai-pegawai
pemulihan Pejabat PERKESO Negeri Sabah.

”Peserta program ini berpeluang mengenali pelbagai alatan pemulihan yang
ditawarkan PERKESO melalui sesi demonstrasi alatan pemulihan seperi katil pesakit
hospital, alat bantu jalan, kerusi roda, lampin pakai buang dewasa, peralatan
prostetik dan ortotik dan sebagainya,” jelas beliau ketika berucap di Program Jelajah
Sedekad Pusat Rehabilitasi PERKESO, Hotel Hyatt Regency, Kota Kinabalu di sini
semalam.
Turut hadir dalam siri jelajah ini adalah Ketua Bahagian Perubatan Pemulihan dan
Pencegahan PERKESO, Dr. Azlan Darus serta Pengarah Pejabat PERKESO Negeri
Sabah, Dr. Mohd Ali Hindia.
PERKESO turut menawarkan perkhidmatan rehabilitasi dengan kerjasama Hospital
Queen Elizabeth di Sabah dan rakan strategik di Hospital Universiti Malaysia Sabah,
KPJ Sabah Specialist dan Tawau Specialist Medical Centre.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *