PERJAWATAN MARITIM MALAYSIA DIJANGKA DIISI SEPENUHNYA MENJELANG 2026

  • February 25, 2023
  • 2 min read
PERJAWATAN MARITIM MALAYSIA DIJANGKA DIISI SEPENUHNYA MENJELANG 2026


KUANTAN, 25 Februari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)
telah menjayakan latihan asas kepada 788 pegawai dan 2,528 pegawai lain-lain
pangkat penguatkuasa Maritim Malaysia di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah
(ASMAS), Kuantan Pahang sejak ia mula beroperasi pada 2 Mac 2013. Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Dato’ Haji Ruji bin Haji Ubi
berkata sempena Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Leftenan Muda Maritim Siri 11
Tahun 2022 yang diadakan pada hari ini, seramai 78 orang pelatih terdiri daripada 61
lelaki dan 17 wanita telah berjaya menamatkan latihan selama sembilan bulan di
akademi ini. Daripada jumlah berkenaan, Maritim Malaysia kini telah mengisi perjawatan sebanyak
90.76% daripada jumlah perjawatan yang diluluskan. Beliau turut menjangkakan
sebanyak 490 perjawatan yang masih belum diisi akan dipenuhi menjelang tahun 2026. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Istiadat Perbarisan Tamat
Latihan Leftenan Muda Maritim Siri 11 Tahun 2022 di Kuantan hari ini. Turut hadir sama pada majlis berkenaan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som serta Timbalan
Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datuk Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman.

Dato’ Haji Ruji memaklumkan, selain kursus asas kepada pegawai baharu, AMSAS
turut menganjurkan kursus lanjutan kepada pegawai dan anggota bagi meningkatkan
kompetensi mereka dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan perairan negara. Beliau turut berkata selain warga Maritim Malaysia, AMSAS turut menyediakan latihan
kepada hampir 150 pegawai daripada jabatan-jabatan dari Negara-Negara Asean, Timur Tengah, Afrika dan Mexico. Melihat kepada kepentingannya, Dato’ Haji Ruji menegaskan KDN pada tahun lalu
telah memperuntukan sebanyak RM1.4juta bagi tujuan pembaikan dan
penyelenggaraan akademi latihan itu. Bagi tahun 2023, beliau memaklumkan KDN akan menyalurkan lebih banyak
peruntukkan untuk projek-projek utama supaya AMSAS menjadi institusi latihan
maritim yang kondusif. Dato’ Haji Ruji terdahulu ketika penyampaikan ucapan, beliau turut menasihati semua
warga Maritim Malaysia agar sentiasa berpegang teguh kepada integriti yang tinggi, amanah, jujur dan meletakkan disiplin yang tinggi ketika menjalankan tugas. Hasrat ini kata beliau seiring dengan dasar Kerajaan Malaysia Madani, iaitu
mengamalkan tadbir urus yang baik sekaligus menjadikan Malaysia Negara Bebas
Rasuah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *