Bahang kemuncak tonton anugerah drama sangat 2023 semakin terasa

  • February 26, 2023
  • 3 min read
Bahang kemuncak tonton anugerah drama sangat 2023 semakin terasa

Petaling Jaya, 26 Februari 2023 – Bahang kemuncak bagi anugerah berprestij Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 mula terasa! Berbaki beberapa minggu sahaja lagi, anugerah yang kini dikenali sebagai Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) kembali meraikan setiap keringat dan tulang belakang industri dan bakal melangsungkan edisi tahun kedua pada 12 Mac 2023 (Ahad), bersiaran secara langsung dari Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung
secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari
Google Play atau App Store.

Lagi Drama Lagi Rasa! Kaki drama di Malaysia pasti teruja apabila seleksi drama kegemaran mereka yang disajikan sepanjang bulan Julai 2021 sehingga Oktober 2022 disenarai pendekkan ke malam anugerah seperti Budak Tebing 2, Ayahanda, Melur Untuk Firdaus, Bisik Bisik Gelora, 7 Hari Mencintaiku 3, Suamiku Lelaki Pendosa, Risik Pada Hati, Khilaf Asmara, Aku Tanpa Cintamu, Sekali Lagi Cinta Kembali
dan banyak lagi.


Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 dengan kerjasama KFC menjanjikan pengalaman terbaik malam kemuncak TADS 2023 secara dalam talian di Tonton.

Turut memeriahkan majlis adalah Berita Harian dan.Harian Metro sebagai Rakan Media serta Oh Bulan dan Xtra sebagai Rakan Digital.


Suatu sidang media untuk mengumumkan anugerah berprestij ini serta memperkenalkan hos, calon-calon bertanding serta para penyampai anugerah dan artis undangan telah diadakan di IOI City Mall, Putrajaya pada hari ini.

Turut menggamatkan suasana di sidang media tersebut adalah persembahan nyanyian oleh
Marsha Milan, Zaki Yamani, Yamani Abdillah, Puteri Khareeza dan juga Hael Husaini.


Dua pengacara yang serba boleh telah dipilih untuk mengemudikan acara malam kemuncak tersebut iaitu Sherry Alhadad dan Sharifah Shahirah. Antara barisan artis tanah air yang akan menggalas tanggungjawab sebagai penyampai anugerah malam tersebut termasuk Ummi Nazeera, Nabila Huda,
Meerqeen, Anna Jobling, Fasha Sandha, Dato Rosyam Nor, Aniq Suhair, Siti Khadijah Halim dan ramai lagi.

Lebih istimewa lagi, terdapat persembahan yang bakal memeriahkan lagi suasana majlis oleh Stacy, Mimi Fly, Liza Hanim, Misha Omar, Bella Astillah, Wani Kayrie, Ayda Jebat, Fyna Jebat, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Amir Masdi, Rahmad Mega, Zaki Yamani, Yamani Abdillah dan Hael Husaini.


Pastikan anda meletakkan undian anda sebelum jam 11.59 malam, 26 Februari 2023, untuk drama dan pelakon pilihan anda! Terdapat lapan kategori yang dibuka untuk undian peminat dan selebihnya melalui
penilaian juri professional. Senarai 15 kategori yang dipertandingkan adalah Drama Terbaik, Drama Popular, Drama Terbaik 8TV, Pengarah Terbaik, Penulis Skrip Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Popular, Pelakon Wanita Popular, Pelakon Antagonis Terbaik, Pasangan Drama Terbaik, OST Terbaik, Drama Novel Adaptasi Terbaik, Anugerah BBNU Tonton dan Oppa Pilihan Tonton.


Sidang produksi Tonton Anugerah Drama Sangat diketuai oleh Nurhul Huda Hj Khalid sebagai penerbit eksekutif dan Mohd Hanafy Mohd Sani sebagai penerbit.


Layari laman web www.xtra.com.my/tontonanugerahdramasangat dan gunakan #AnugerahDramaSangat
untuk menghangatkan perbualan di laman media sosial! Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia
serta Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat! Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *