PERKESO DERMA 3 MESIN HEMODIALISIS, TAMPUNG LONJAKAN KEPERLUAN

  • November 8, 2023
  • 1 min read
PERKESO DERMA 3 MESIN HEMODIALISIS, TAMPUNG LONJAKAN KEPERLUAN

-ANAK YATIM, IBU TUNGGAL, BADAN KEBAJIKAN TERIMA BANTUAN-

IPOH: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mendermakan tiga mesin
hemodialisis bagi menampung peningkatan keperluan rawatan dalam kalangan
pesakit buah pinggang kronik.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, berkata pihaknya cakna bahawa kapasiti
mesin hemodialisis yang ditempatkan di pusat dialisis panel PERKESO ketika ini
tidak dapat menampung keseluruhan keperluan rawatan.

Sehubungan itu, katanya, program pendermaan mesin hemodialisis direncana
untuk meningkatkan kapasiti penyediaan rawatan di pusat-pusat dialisis panel
PERKESO.

https://youtu.be/AYl4kMwt-cI?si=nalMBNKLLbD3bWKr

“Saya ingin menarik perhatian semua terhadap pendedahan media baru-baru ini,
berhubung peningkatan jumlah pesakit buah pinggang di Malaysia dalam tempoh
sedekad atau 10 tahun ini, yang direkodkan kedua tertinggi di dunia.

“Lebih menggusarkan, jumlah pesakit buah pinggang kronik sehingga memerlukan
rawatan dialisis di Malaysia pula adalah paling ramai di Asia Tenggara.
“Sehubungan itu, antara matlamat kementerian melalui PERKESO adalah untuk
membantu golongan pekerja yang mengalami masalah kesihatan kronik seperti
penyakit buah pinggang,” katanya, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *