PROCTER & GAMBLE (P&G) DAN MYDIN LANCAR KEMPEN ‘BERSAMADEMI SEMUA’: TABUNG BANTUAN UNTUK MANGSA BANJIR DIMALAYSIA

  • November 8, 2023
  • 2 min read
PROCTER & GAMBLE (P&G) DAN MYDIN LANCAR KEMPEN ‘BERSAMADEMI SEMUA’: TABUNG BANTUAN UNTUK MANGSA BANJIR DIMALAYSIA


SUBANG JAYA, 7 November 2023 – Dalam satu kerjasama bersejarah, sebuah syarikat baranganpengguna global yang terkemuka, Procter & Gamble (P&G), bergabung tenaga dengan sebuahrangkaian borong dan runcit tempatan di Malaysia, MYDIN bagi melancarkan kempen dana bantuan
banjir musim tengkujuh.

Kempen ‘Bersama Demi Semua’ ini bertujuan mengumpul dana untuk komuniti yang bergelut dengan kesan banjir pada musim tengkujuh setiap tahun di Malaysia.

Bermula 1 November, 2023 hingga 6 Januari, 2024, setiap pembelian produk P&G bernilai RM10dari mana-mana pasar raya MYDIN, 5 sen akan disumbangkan kepada tabung bermakna ini. Ketika tempoh kempen berakhir, pasar raya MYDIN akan menjadi pusat perolehan barangan keperluan
yang akan diagihkan kepada mangsa banjir.


Tahun lepas menyaksikan Malaysia berdepan banjir paling teruk dalam sejarah, yang turut
menjejaskan ribuan orang di seluruh negara. Sebagai langkah menangani situasi yang buruk ini, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan belanjawan yang besar untuk bantuan banjir dan pengurusan bencana pada tahun 2024. Langkah proaktif sebegini sejajar dengan misi P&G yang
telah lama wujud untuk meningkatkan kualiti kehidupan pengguna dan komitmen MYDIN yang tidak berbelah bahagi terhadap kebajikan masyarakat.

Nantha Kumaran Kalimuthu, Pengurus Serantau, P&G Malaysia dan Singapura berkata, “Di P&G, warga kerja kami dan semua jenama kami sangat komited dalam melakukan kebaikan setiap hari,
sekaligus menjadi pemangkin kepada komuniti untuk turut mengamalkan nilai memberi dan menyumbang.

Kerjasama murni bersama MYDIN ini menjadi bukti iltizam kami untuk menyumbang
kepada komuniti.” Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Hj. Ameer Ali Mydin berkata, “Berikutan kejayaan kempen ‘Ourdin’ yang mendapat sambutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami berasa
bangga dan teruja dapat memberi sokongan kepada kempen dana bantuan banjir ini. Ia juga satu penghormatan buat kami kerana dapat bersama-sama dengan syarikat berpengaruh antarabangsa seperti P&G.

Perkongsian ini bukan sahaja mencerminkan nilai teras MYDIN iaitu khidmat
masyarakat dan integriti tetapi juga mengukuhkan ikrar kami untuk terus menyumbang tanpa mengira batas usia dan kaum.”
Kerjasama seperti ini menekankan kepentingan penglibatan komuniti dan meletakkan asas untuk pembangunan mampan yang lebih memberi impak. Dengan bekerjasama, syarikat korporat boleh
meluaskan keberkesanan bantuan mereka serta menjamin ianya dapat dinikmati oleh golongan tumpuan dengan segera dan berkesan.

“Kami menyeru pengguna untuk menyokong usaha yang mulia ini. Setiap pembelian melambangkan langkah ke arah mengurangkan kesusahan mereka yang memerlukan. Bersama-sama, mari kita
menempa masa depan yang lebih cerah,” ujar Kalimuthu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *