Perkeso komited melaksanakan mandat Bajet 2022 Kuala Lumpur

  • November 2, 2021
  • 3 min read
Perkeso komited melaksanakan mandat Bajet 2022 Kuala Lumpur

Susulan pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 29 Oktober 2021, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyambut baik pelan yang telah digariskan oleh Kerajaan Malaysia terhadap usaha pengukuhan ekonomi negara khususnya yang melibatkan inisiatif perluasan jaringan keselamatan sosial dan pemerkasaan program pasaran buruh aktif.

Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM), PERKESO akan memberikan sokongan penuh terhadap Kerajaan dan komited melaksanakan kesemua inisiatif Bajet 2022 yang melibatkan agensi ini. Kamijuga yakin bahawa intipati belanjawan yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” ini akanmemanfaatkan rakyat secara keseluruhannya, selari dengan pembukaan semula lebih banyak sektor ekonomimenjelang tahun 2022.

JaminKerja – Insentif Penggajian (JKIP), SIP Perantisan dan SIP GigDalam usaha merealisasikan hasrat Kerajaan untuk menjamin penyediaan 600,000 peluang pekerjaan pada tahun 2022, sebanyak RM2 bilion telah diperuntukkan kepada PERKESO untuk melaksanakan JaminKerja – Insentif Penggajian (JKIP) di bawah Sistem Insurans Pekerjaan kami. Sistem Insurans Pekerjaan atau singkatannya SIPmerupakan salah satu produk PERKESO yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan pekerjaan baharu.

Kami mensasarkan seramai 300,000 pencari kerja di seluruh negara bakal menerima manfaat bantuan pengambilan pekerja ini. Pelaksanaan insentif ini akan merangsang lebih banyak pewujudan pekerjaan oleh para majikan, sekaligus menggalakkan penyertaan lebih ramai kumpulan tumpuan seperti orang kelainan upaya (OKU), banduan, bekas tentera dan orang asli serta golongan wanita untuk kembali bekerja. Insentif ini juga dijangka dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih mapan menerusi tempoh pemberian insentif yang dilanjutkan.Menerusi JKIP, para majikan yang menggajikan individu yang tidak aktif bekerja bakal menerima insentif sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam (6) bulan pertama dan 30 peratus bagi 6 bulan berikutnya tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,500 ke atas.Bagi golongan rentan pula, majikan layak menerima insentif sebanyak 30 peratus untuk 6 bulan pertama, sebelum dinaikkan kepada 40 peratus bagi 6 bulan berikutnya, tertakluk kepada pekerjaan bergaji antara RM1,200 hingga RM10,000.

Kadar insentif yang sama turut akan dipanjangkan bagi pengambilan pekerja golongan wanita yang telah mengganggur melebihi tempoh setahun, ibu tunggal dan suri rumah.Sebagai kesinambungan kepada kejayaan program Perantisan sebelum ini, JKIP akan meneruskan pemberian insentif sebanyak RM900 sebulan untuk tempoh 6 bulan kepada majikan yang menggajikan golongan perantis lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun. Ini melibatkan kenaikan insentif sebanyak RM100 1sebulan daripada RM800 sebelum ini dalam Belanjawan 2021.

Bermula tahun 2022 juga, program ini akan dijenamakan semula sebagai SIP Perantisan. Seiring dengan perkembangan ekonomi gig, JKIP turut menyediakan insentif sebanyak RM900 sebulan selama 6 bulan kepada individu yang terlibat dalam pekerjaan gig. Insentif ini akan terus memanfaatkan golongan rentan dan individu yang mengalami kehilangan pekerjaan untuk terlibat dalam pekerjaan gig sehingga mereka dapat memperoleh pekerjaan sepenuh masa. Bermula tahun 2022, program ini akan dijenamakan semula sebagai SIP Gig bagi menggantikan nama Program KerjayaGig.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *