Filem ‘PREBET SAPU’ wakili Malaysia bagi kategori filem cereka Antarabangsa terbaik (BEST INTERNATIONAL FEATURE FILM) di Anugerah Akademi (OSCARS) Ke 94

Petaling Jaya, 3 November 2021 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa filem cereka ‘Prebet Sapu’ (judul Inggeris:Hail,Driver!) terbitan syarikat produksi Le Mediator Studio, Kristal Azmir Sdn Bhd dan Konda KondiStudio arahan sulung pembikin muda.
Muzammer Rahman secara rasminya telah dipilih untukmewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik (Best International FeatureFilm) di Anugerah Akademi (OSCARS) Ke-94 yang dijangka berlangsung pada 27 Mac 2022 di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Pemilihan filem ‘Prebet Sapu’ ini telah dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem FINAS yangterdiri daripada para penggiat industri filem tempatan bertaraf profesional dan berpengalamanmelalui proses penilaian terperinci berdasarkan kriteria perfileman seperti pengarahan,penceritaan, sinematografi, lakon layar, lakonan, adunan bunyi, skor muzik, penataan seni dansuntingan filem serta pematuhan kepada peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh pihakpenganjur OSCARS.
Diterajui bintang utama Amerul Affendi dan Mei Fen Lim selain penampilan istimewa Bront Palarae,Sharifah Amani, Nam Ron, Nadiya Nisaa, Chew Kin Wah, Jay Iswazir, Anas Ridzuan, RoslanMadun dan ramai lagi ini, filem yang dibikin dalam konsep hitam putih ini juga telah mewakiliMalaysia ke pelbagai festival filem antarabangsa termasuklah Udine Far East Film Festival, Itali;Jogja-Netpac Asian Film Festival (JAFF) Indonesia; Toronto Reel Asian Film Festival, Kanada;Asian Film Festival Barcelona; Sepanyol dan Innovative International Film Festival di India.