Monday, 9 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Pemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.JWN Anjur Tiga Program Perdana Perkukuh Pengurusan dan Pelestarian Warisan NegaraFirdaus Wong Duta Kembara Al-Haramain, Misi Lahirkan Da’i dan Pendakwah Pelapis

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

Permohonan SKDS Untuk Sabah, Sarawak dan Labuan Dibuka Bermula 4 Mei

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperluaskan pelaksanaan penyaluran subsidi diesel bagi sektor pengangkutan darat barangan melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 4 Mei 2026.

Menurut kenyataan rasmi, fasa awal peluasan itu melibatkan permohonan pendaftaran penyertaan SKDS bagi syarikat-syarikat sektor pengangkutan darat barangan di ketiga-tiga wilayah tersebut.Kenderaan yang didaftarkan di bawah SKDS oleh syarikat pengangkutan darat barangan yang layak akan menikmati subsidi diesel tertakluk kepada kadar yang ditetapkan kerajaan.Kadar harga subsidi semasa bagi sektor pengangkutan darat barangan di bawah SKDS adalah RM2.15 seliter.Permohonan bagi mendapatkan manfaat subsidi diesel boleh dibuat menerusi portal MySubsidi di mysubsidi.kpdn.gov.my bermula 4 Mei 2026 jam 9 pagi.

Antara syarat kelayakan yang ditetapkan termasuk memiliki Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang sah dan aktif, berdaftar sebagai kenderaan perdagangan dengan LPKP Sabah atau Sarawak serta syarikat atau perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Selain itu, kenderaan yang didaftarkan juga perlu tersenarai dalam 23 kategori kenderaan darat barangan yang diluluskan di bawah SKDS.Bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar, pemohon diminta menyemak kategori pendaftaran yang bersesuaian sama ada kategori syarikat, koperasi/PBT atau pemilikan tunggal.

Pembelian diesel bersubsidi bagi sektor pengangkutan darat barangan akan dilaksanakan menggunakan kaedah fleet card.Syarikat yang diluluskan di bawah SKDS boleh membuat permohonan fleet card kepada syarikat minyak pilihan dengan mengemukakan surat kelulusan berserta senarai kenderaan yang boleh dicetak melalui sistem SKDS.

Pemohon juga dibenarkan memilih sehingga maksimum tiga syarikat minyak untuk tujuan permohonan fleet card.Langkah peluasan SKDS itu dilihat mampu membantu mengurangkan beban kos operasi syarikat pengangkutan darat barangan di Sabah, Sarawak dan Labuan, sekali gus memastikan kelancaran rantaian bekalan serta kestabilan harga barangan di pasaran.

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *