Bayaran BKM Fasa 3 dan rayuan bermula Selasa depan
KUALA LUMPUR – Pembayaran bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 dan Rayuan BKM akan mula dikreditkan ke akaun penerima pada 20 September ini secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September 2022.
Berdasar kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pembayaran keseluruhan berjumlah RM2.2 bilion akan memanfaatkan 8.7 juta penerima sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang/tiada pasangan dan bujang serta bagi yang telah lulus Rayuan BKM. Jumlah pembayaran BKM Fasa 3 adalah sebanyak RM900.
“Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan Kerajaan pada Jun yang lepas,” katanya.
Semakan status pembayaran boleh dibuat melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my mulai 20 September 2022.