Polis minta bantuan kesan remaja perempuan 14 tahun hilang di Tambun

  • September 13, 2022
  • 1 min read
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan 14 tahun hilang di Tambun

IPOH: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang hilang selepas keluar dari rumahnya di Tambun, di sini pada 19 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata remaja itu dikenali sebagai Nur Hidayah Mat Nurddin, dengan alamat terakhir yang diketahui di Lot 475 Kampung Tersusun Batu 5, Lorong Delima 3/2 Tambun.

“Kami menerima laporan daripada ibunya tiga hari selepas anak perempuannya hilang, menyatakan anak perempuannya tidak pulang ke rumah selepas keluar membeli minuman pada hari itu.

“Gadis yang hilang itu berketinggian sekitar 160 sentimeter dan berkulit cerah serta berat sekitar 45 kilogram. Dia berbadan sederhana dan tidak memakai cermin mata,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata mereka yang mempunyai maklumat mengenai remaja yang hilang itu boleh tampil memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Sarjan Mohd Haizal Umar di talian 011-21001076 atau Pusat Operasi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *