Polis nafi kes culik ada kaitan penjualan organ

  • September 26, 2022
  • 1 min read
Polis nafi kes culik ada kaitan penjualan organ

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan kesahihan mesej yang tular menerusi media sosial berkaitan kes penculikan enam kanak-kanak untuk tujuan penjualan organ.

Dakwaan kandungan mesej terbabit adalah tidak tepat kerana ia merupakan mesej lama yang disebarkan semula.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), ACP A. Skandaguru berkata setelah semakan, pihak PDRM mendapati kandungan mesej tersebut yang meminta masyarakat berwaspada dengan penculikan itu tular sejak 2017 dan kembali diulang siar di beberapa platform media sosial.

“Kanak-kanak ini dikatakan diberi bahan terlarang yang menyebabkan mereka tidak mampu bercakap untuk memudahkan mereka dilarikan menaiki lori ayam ke negara jiran bagi tujuan pemindahan organ.

“Mesej tersebut juga mendakwa pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan ke atas lori berkenaan dan menjumpai enam kanak-kanak,” ujar beliau dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata setakat ini, tiada sebarang laporan berkaitan penculikan dan penjualan organ kanak-kanak diterima oleh PDRM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *