Produk Kesihatan Korea Pujaan Ramai Kini di Watsons
Amalan gaya hidup sihat dengan pemakanan terbukti berkesan di Korea melalui Kedai Rangkaian Kesihatan & Kecantikan O+O No. 1 di Malaysia.
Kuala Lumpur, 27 Nov: Produk kesihatan Korea kian mendapat tempat di hati para pengguna dan meningkat popular. Melalui kerjasama bersama Most Young Global, Watson Malaysia memperkenalkan pelbagai jenama baharu untuk memenuhi permintaan produk kesihatan Korea buat seluruh pengguna di tanah air.
“Sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan O+O No.1 Malaysia, Watsons sentiasa menerajui gaya hidup sihat dan menggalakkan pelanggannya untuk ‘Look Good, Do Good, Feel Great.’
“Dengan pelancaran segmen K-healthy, kami berbangga untuk menawarkan lebih banyak pilihan, produk popular, ramuan berkualiti, dan manfaat terbukti yang diimport secara eksklusif dari Korea,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Pengarah Eksklusif
Serantau Watsons International.
Trend peningkatan bagi permintaan produk berkualiti tinggi dan terbukti berkesan dari Korea ini membolehkan Watson Malaysia tampil mengetengahkan jenama-jenama khusus dari Korea dengan khasiat semula jadi bagi membantu pengguna mengamalkan dan mengekalkan gaya hidup sihat.
Setiap segmen pengguna akan mendapat manfaat daripada keberkesanan produk termasuklah daripada probiotik untuk seisi keluarga kepada kombucha segera, serta biskut vegetarian.
Jenama yang ditampilkan dalam segmen K-Healthy iaitu LactoFit, jenama probiotik
terkemuka Korea; Foodology, jenama enzim terunggul; Green Monster, jenama kombucha segera; Godan Gosik dan Tir Tir, penyedia makanan pengganti dan protein shake; dan Eat’s Better, pakar biskut vegetarian.
Kini amalan gaya hidup sihat bukanlah sesuatu yang sukar dicapai.
Dapatkan semua produk kesihatan segmen K-Healthy di kedai Watsons di seluruh negara, juga melalui aplikasi Watsons MY, atau dalam talian di Watsons Lazada dan Watsons Shopee.