PROGRAM JUALAN RAHMAH SISWA DANPROGRAM ADVOKASI PENGGUNA PERINGKAT KEBANGSAAN BERSAMA INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

  • November 20, 2023
  • 1 min read
PROGRAM JUALAN RAHMAH SISWA DANPROGRAM ADVOKASI PENGGUNA PERINGKAT KEBANGSAAN BERSAMA INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

SINTOK, 19 NOVEMBER 2023 – Yang Berhormat Senator Puan Hajah Fuziah
binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Perdagangan Dalam Negeri dan
Kos Sara Hidup hari ini telah merasmikan Program Jualan RAHMAH Siswa dan
Program Advokasi Pengguna Peringkat Kebangsaan.

Ianya yang melibatkan mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra yang turut disenaraikan dalam Malaysia Book of Record (MBOR) di Tapak Pesta Konvokesyen Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

  • Program Jualan RAHMAH Siswa ini diadakan bertujuan memberi peluang
    kepada seluruh warga terutamanya mahasiswa IPTA supaya dapat membeli
    barang keperluan asas dengan harga mampu milik dan meningkatkan lagi
    pendedahan berkaitan hak-hak pengguna dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi.
  • Program Jualan RAHMAH Siswa ini berkonsepkan kedai runcit bergerak
    ke kawasan kampus yang mana dapat memberi peluang kepada golongan
    mahasiswa dan mahasiswi untuk mendapatkan barangan keperluan asas dengan tawaran harga rendah pada potongan harga sehingga 30%. Konsep Jualan RAHMAH Siswa ini secara tidak langsung dapat meringankan kos sara hidup mahasiswa dan mahasiswi yang sedang menimba ilmu di kawasan-kawasan yang jauh daripada akses pasar raya atau pasar raya besar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *