Program Kepimpinan Anak Muda dilancarkan Peringkat Negeri Melaka

  • September 18, 2023
  • 3 min read
Program Kepimpinan Anak Muda dilancarkan Peringkat Negeri Melaka

DURIAN TUNGGAL, 18 September 2023 Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN)
Pendidikan Negeri Melaka dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) telah
dengan kerjasama Jabatan Komunikasi Komuniti, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan
menganjurkan Program Kepimpinan Anak Muda Negeri Melaka.

Seramai 2,000 orang dari seluruh negeri Melaka telah menyertai program pada hari ini. Turut diadakan sesi pelajar yang terdiri daripada pelajar UTeM, pensyarah muda dan pelajar lepasan STPM pemberian bantuan awal pendidikan kepada lebih 600 orang pelajar yang layak.

Majlis Perasmian Program Kepimpinan Anak Muda ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang
Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri
Melaka.


Program Kepimpinan Anak Muda (PIMPIN) merupakan program inisiatif PRIHATIN yang
memfokuskan kepada penyampaian suntikan motivasi dan pengetahuan ke arah memberi pendedahan awal kepada anak muda bagi persediaan menempuh cabaran masa hadapan dalam kehidupan di selepas tamat belajar.

Bantuan pendidikan juga telah diberikan kepada para pelajar yang layak untuk membantu meringankan beban yang
dihadapi oleh mereka.


Menurut Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti, Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr.
Mohammad Agus Yusoff, “Saya amat berbesar hati dan bangga melihat hasil inisiatif dan sifat komited yang PRIHATIN dan JKOM jalankan dalam memastikan akses pendidikan diperolehi oleh para pelajar di semua peringkat, baik peringkat sekolah mahupun peringkat universiti.

Saya juga berharap agar lebih banyak lagi badan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan berganding bahu menggembleng tenaga dan sentiasa cakna dengan kepentingan pendidikan anak-anak muda di Malaysia kerana merekalah yang bakal
mencorak pimpinan negara kita pada masa yang akan datang.”


Manakala Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali berkata,
“PRIHATIN selaku penganjur utama berasa sungguh bertuah dan amat berterima kasih
kerana diberi mandat dan kepercayaan oleh JKOM untuk mengadakan Program PIMPIN
ini. Program ini merupakan kesinambungan daripada program Townhall Ikon Nasional
dan memfokuskan kepada suntikan motivasi dan persediaan awal bagi pelajar lepasan
SPM dan STPM yang akan melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat menara gading.


Kita mahu para pelajar mempunyai persediaan awal terutamanya dari segi persediaan mental dan emosi dalam melangkah ke fasa seterusnya dalam menuntut ilmu.

Saya juga berasa bangga dan berbesar hati atas sokongan baik dan jitu yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM),
Yayasan Taqwa dan DXN Holdings Berhad.

Ini menunjukkan keprihatinan oleh semua
pihak dalam membantu dan memahami kepentingan pendidikan di dalam negara ini demi memastikan masa hadapan para pelajar yang akan menjadi pemimpin pada masa yang akan datang terjamin.”


PRIHATIN melihat PIMPIN sebagai salah satu peluang ke arah memberikan manfaat
dengan meningkatkan sifat kepimpinan Madani dan berdaya saing dalam diri para pelajar yang bakal menerajui struktur kepimpinan negara dengan menjadikan Malaysia sebagai.sebuah negara yang lebih berkaliber dan maju di masa hadapan.


Turut hadir YB Datuk Khaidhirah Abu Zahar (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET, Merangkap Adun Kawasan RIM,
Melaka), YB Zahari Abd Kalil (Ahli Dewan Undangan Negeri Durian Tunggal), YBhg. Prof.
Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah PRIHATIN), YBhg. Dato’ Husaini Omar (Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Universiti Teknikal Malaysia Melaka), YDH DCP Datuk Wira Haji
Zainol Haji Samah (Ketua Polis Melaka), dan Tuan Haji Mohd Ghazali Ahmad (Pengarah
Pendidikan Negeri Melaka).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *