Rafizi, ahli-ahli PKR gesa polis siasat dakwaan kecuaian Najib Razak isu waris Kesultanan Sulu

  • July 20, 2022
  • 2 min read
Rafizi, ahli-ahli PKR gesa polis siasat dakwaan kecuaian Najib Razak isu waris Kesultanan Sulu

HULU SELANGOR: 100 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesa pihak berkuasa untuk menyiasat bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung keputusannya menamatkan bayaran tahunan kepada waris Kesultanan Sulu ketika masih memegang jawatan.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli telah membuat laporan polis bersama 100 ahli yang lain pada jam 11 pagi tadi di Balai Polis Setiawangsa.

Menurutnya, laporan itu dibuat bagi menggesa polis menyiasat dakwaan kecuaian Najib semasa memegang jawatan dengan menghentikan pembayaran tahunan RM5,300 kepada waris Kesultanan Sulu.

“Disebabkan itu, akan meletakkan negara berisiko terpaksa membayar berbilion ringgit sebagai pampasan kepada waris Kesultanan Sulu.

Sementara itu, PKR Hulu Selangor melakukan 43 laporan polis berhubung isu sama.

Ketua Cabang PKR Cawangan Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, laporan polis mengenai kecuaian Najib yang telah menyebabkan negara sedang berdepan dengan tuntutan berjumlah sekitar RM67.5 bilion.

“Tuntutan ini bermula setelah Najib membuat keputusan untuk menghentikan bayaran tahunan kepada waris Kesultanan Sulu pada tahun 2013, Najib sama sekali tidak memandang serius dengan notis saman oleh waris Kesultanan Sulu yang dimulakan pada tahun 2017.

“Oleh kerana itu, kami meminta agar pihak berkuasa dapat menyiasat Najib di bawah tuntutan kanun jenayah Akta 574 dan Peraturan-Peraturan mengikut seorang penjawat awam semasa dalam perkhidmatan (Perkara 132: Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam) dan Kelakuan dan Tatatertib 1993 di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menentukan unsur-unsur kecuaian yang dilakukan olehnya,” katanya. -UTVMediaMsia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *