RAIKAN RAMADAN DENGAN “SAJIAN WARISAN NUSANTARA” RAMADAN BUFET 2024 DI THE PEARL KUALA LUMPUR

SAJIAN WARISAN NUSANTARA @MELO CAFÉ & DELI atau BALLROOM, TINGKAT 5

The Pearl Kuala Lumpur menjemput para tetamu untuk meraikan ketibaan bulan suci
Ramadan dan melakar detik serta momen indah yang tidak dapat dilupakan bersama
yang tersayang sambil menikmati sajian makanan dan penginapan terbaik.

Hotel ikonik ini menawarkan pelbagai pengalaman yang unik dan konsep santapan Ramadan baharu bertemakan sajian warisan nusantara. Tahun ini, pihak hotel telah merancang pelbagai acara yang menyeronokkan serta promosi istimewa makanan dan minuman untuk memberikan tetamu merasai keistimewaan unik Ramadan bufet di The Pearl Kuala Lumpur.

Dari 14 Mac hingga 7 April 2024, The Pearl Hotel dengan berbesar hati
mempersembahkan
“Sajian Warisan Nusantara”, sebuah sajian hidangan unik berasaskan sajian warisan turun temurun dari generasi ke generasi. Rebutlah peluang keemasan anda untuk membuat pembelian awal dengan harga istimewa.

Di samping itu kami juga turut menawarkan Bufet Ramadan percuma kepada seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dengan setiap pembelian baucar untuk seorang dewasa pada harga biasa.
14 Mac – 24 Mac 2024
HARGA ISTIMEWA
Dewasa : RM108+
Kanak-kanak : RM68+
Warga Emas atau OKU : RM88+
25 MAC – 7 APRIL 2024
HARGA BIASA.PEMBELIAN 1 DEWASA PERCUMA 1 KANAK-KANAK 12 TAHUN KE BAWAH
Dewasa : RM128+
Kanak-kanak : RM78+
Warga Emas atau OKU : RM98+
