Ramli Sarip, Bella Astillah & Nadeera Bersatu di Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025!

KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2025 – “Setiap kali kita diam, buli menang.”Itulah mesej utama di sebalik Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025, sebuah persembahan istimewa anjuran Nusavue (www.nusavue.my) yang menghimpunkan suara-suara hebat tanah air bagi menyemarakkan keberanian, kasih sayang dan perpaduan dalam menentang budaya buli di semua peringkat masyarakat.
Konsert ini akan berlangsung pada 7 Disember 2025 (Ahad), jam 8.00 malam di Zepp Kuala Lumpur, menampilkan barisan artis tempatan terkenal dari pelbagai genre bersatu di bawah satu misi: “Berani Bersuara, Bersama KITA.

”Lebih daripada sekadar hiburan, Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025 menjadikan muzik sebagai medium perubahan sosial. Melalui gabungan persembahan berimpak tinggi, mesej berinspirasi dan pengisian interaktif, konsert ini berfokus untuk membangkitkan kesedaran, keyakinan diri dan empati dalam kalangan Masyarakat khususnya pelajar, keluarga dan komuniti.
“Buli bukan sekadar masalah sekolah tetapi ia juga cerminan masyarakat. Kita mahu rakyat Malaysia bangkit bersama dan bersuara,” kata wakil Nusavue, penganjur Konsert KITA –Suara Anti Buli 2025.
Fenomena buli hari ini tidak lagi terbatas kepada individu atau sekolah semata-mata. Ia turut wujud dalam bentuk skala yang lebih besar melibatkan bangsa, komuniti, dan juga negara.Dari dunia maya hingga ke pentas antarabangsa, kuasa sering disalah guna untuk menindas yang lemah.
Melalui Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025, Nusavue menyeru rakyat Malaysia untuk menyedari bahawa menentang buli bermakna menentang kezaliman dalam apa jua bentuk sama ada di rumah, di sekolah, mahupun di dunia luar. Inilah semangat “KITA” suara yang melindungi, bukan menindas.
Konsert ini bakal menampilkan persembahan luar biasa daripada barisan artis tersohor tanah air di bawah panji Suara Anti Buli, termasuk:
• Datuk Ramli Sarip x Cradle Band
• Alpha• Bella Astillah• Nadeera
• Wani Kayrie• Liza Aziz (Undangan Khas)







Gabungan nama-nama ini melambangkan perpaduan rentas generasi dan genre, membuktikan bahawa seni mampu menjadi jambatan untuk menyatukan rakyat Malaysia dalam perjuangan menentang buli.
Inisiatif ini turut disokong oleh pelbagai rakan strategik, penaja dan organisasi CSR yang berkongsi semangat “Suara Anti Buli”:
• Penganjur: Nusavue (www.nusavue.my)
• Rakan Penaja: (Akan diumumkan)
• Rakan CSR: Yayasan Ikhlas, Fakulti Komunikasi & Pengajian Media UiTM Shah Alam, SULAM (Service Learning Malaysia-University for Society): DOKPANIC Special Edition
• Rakan Media Digital: Gempak• Rakan Strategik: AQA, Right Balance Private, La Denta• Rakan Podcast: Mic BocorTiket Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025 boleh didapati bermula 14 Oktober 2025 melalui:www.myticketempire.com (Ticket Empire) • www.nusavue.my
Persembahan ini dijangka mendapat sambutan menggalakkan, maka pembelian awal amat disarankan bagi memastikan tempat anda terjamin.
Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025 bukan sekadar acara muzik, tetapi gerakan nasionaluntuk membina keberanian dan empati. Ia menyeru setiap individu untuk tidak berdiam diri terhadap ketidakadilan, serta memperkukuh semangat kasih sayang dan hormatmenghormati dalam komuniti.
Melalui kekuatan seni dan suara, KITA membawa mesej bahawa perubahan bermula apabila kita berani bersuara.
Aida : +60 11 2110 8931Ifa : +6019 389 4889 Emel: nusavue@gmail.com




