REWANG MEMASAK JUADAH AIDILFITRI CERIAKAN PROGRAM KITA MADANI DAERAH HULU LANGATHULU LANGAT

  • May 5, 2023
  • 2 min read
REWANG MEMASAK JUADAH AIDILFITRI CERIAKAN PROGRAM KITA MADANI DAERAH HULU LANGATHULU LANGAT

5 MEI 2023 – Penglibatan pelbagai agensi kerajaan dan swasta, komuniti setempat, badan sukarelawan serta orang awam memeriahkan lagi aktiviti rewang bagi memasak juadah Aidilfitri iaitu nasi himpit dan kuah kacang yang sinonim dengan sambutan Aidilfitri setiap tahun. Aktiviti rewang yang dijalankan sempena program Kita Madani Daerah Hulu Langat ini adalah anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Negeri Selangor bertempat di Rock 9 (Agora Night Market), Taman Sri Nanding, Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.

Program Kita Madani Daerah Hulu Langat merupakan program turun padang dan libat urus JaPen Selangor bersama komuniti setempat bertujuan mewujudkan kebersamaan serta membina keharmonian antara pemimpin dan rakyat selain menerapkan nilai-nilai murni berlandaskan enam (6) tonggak Malaysia MADANI iaitu KeMampanan, KesejAhteraan, Daya Cipta, hormAt, KeyakiNan dan Ihsan. Selain rewang memasak juadah Aidilfitri, program ini turut dimeriahkan dengan pameran interaktif dari pelbagai agensi kerajaan dan Jualan Jelajah Ehsan Rakyat (JER).Program Kita Madani Daerah Hulu Langat diserikan dengan kehadiran oleh YB Tuan Mohd Sany Bin Hamzan, Ahli Parlimen Hulu Langat, YB Tuan Edry Faizal Eddy Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri Dusun Tua dan disambut dengan penuh ceria oleh YBrs. Puan Normaizatulakmal binti Tujad, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Selangor.

Rewang memasak juadah Aildilfitri ini merupakan sebahagian dari acara sempena Majlis Rumah Terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri dan turut melibatkan kerjasama dengan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Hulu Langat, Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Mukim Hulu Langat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *