Rumah mangsa musnah 100 peratus
HULU SELANGOR: Kejadian kebakaran yang berlaku di Jalan Dahlia 4 berhampiran Pangsapuri Seri Cempaka Serendah telah memusnahkan hampir seratus peratus rumah terbabit pada pukul 11:00 malam tadi.
Namun, kesemua mangsa telah menyelamatkan diri sebelum kebakaran berlaku yang memusnahkan kediaman mereka.
Turut berada di lokasi selepas kejadian, Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Hulu Selangor, Dr. Sathia Prakash Nadarajan bersama Pegawai Bomba Cawangan Kuala Kubu Bharu dalam misi menyelamatkan keadaan kebakaran.
Difahamkan, mangsa dan penduduk setempat telah cuba untuk memadamkan api, namun gagal.
Api akhirnya berjaya dipadamkan sepenuhnya dengan khidmat bomba.
Dr. Sathia menyatakan perasaan simpati terhadap nasib keluarga mangsa dan sedia untuk membantu dari segi keperluan mangsa.
Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan. – UTV Media Msia