Tourism Malaysia lancar program Jom cuti-cuti Malaysia Roadshow siri ke-2

  • June 1, 2022
  • 2 min read
Tourism Malaysia lancar program Jom cuti-cuti Malaysia Roadshow siri ke-2

IPOH, 28 Mei 2022 – Tourism Malaysia hari ini melancarkan program Jom Cuti-Cuti Malaysia Roadshow Siri Ke-2 dalam usaha meningkatkan penebusan diskaun, baucar dan rebat di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 yang merupakan kesinambungan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0).Jerayawara selama tiga hari itu telah dilancarkan di AEON Mall Kinta City, Ipoh bermula 27-29 Mei 2022 bagi meningkatkan aktiviti pemasaran dan promosi pelancongan domestik selari dengan peralihan negara ke fasa endemik.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato’ Hj Zainuddin Abdul Wahab.Dato’ Zainuddin berkata, lebih 25 penggiat industri mengambil bahagian dalam program jerayawara berkenaan bagi menawarkan pakej percutian, tambang dan tiket masuk pada harga menarik melibatkan pengusahaproduk, agensi pelancongan, hotel, taman tema dan syarikat pengangkutan.“Selepas ini, program Jom Cuti-Cuti Malaysia Roadshow Siri Ke-2 akan digerakkan ke tujuh lagi lokasi di seluruh negara. Kita berharap dengan adanya program jerayawara berupa pameran dan jualan sebegini akan dapat meningkatkan lagi daya saing industri pelancongan domestik,” katanya.

Tujuh lokasi lain bagi program Jom Cuti-Cuti Malaysia Roadshow Siri Ke-2ialah di AEON Mall Nilai (3-5 Jun 2022), AEON Mall Bukit Tinggi, Klang (22-24 Julai 2022), Blue Atrium, Sunway Pyramid (26-28 Ogos 2022), AEON Mall Shah Alam (2-4 September 2022), AEON Mall Kota Bharu (23-25 September 2022), AEON Mall Tebrau City (7-9 Oktober 2022) dan AEON Mall Bandaraya Melaka (25-27 November 2022).

Turut berlangsung pada majlis perasmian hari ini ialah sesi penyampaian hadiah bagi pemenang Pertandingan Tourism Malaysia ‘Photo Challenge’ 2021. Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakan rakyat Malaysia melaksanakan aktiviti pelancongan domestik disamping berpeluang mencungkil bakat kreatif dalam kalangan rakyat Malaysia untuk berkongsi hasil fotografi percutian menarik dengan menggunakan sebarang jenis kamera termasuk telefon bimbit. Ianya juga akan membuka peluang kepada penerokaan budaya serta destinasi-destinasi menarik di dalam negara. Sebanyak 447 penyertaan diterima dengan 2,319 gambar dipertandingkan melibatkan empat kategori dalam pertandingan yang berlangsung dari 11 Disember 2021 sehingga 11 Februari 2022. Senarai para pemenang adalah seperti berikut:1.

Kategori ‘Extreme Shot’Tempat Pertama : Muhd Dhiyaulhaq Bin Mohd HattaTempat Kedua : Isaac LiewTempat Ketiga : Noor Azhar Bin Abd Rasid2. Kategori ‘Nature, Art & Culture’Tempat Pertama : Yong Hui PengTempat Kedua : Mohd Nazri Bin SulaimanTempat Ketiga : Lim Kooh Hean3. Kategori ‘Human Interest’Tempat Pertama : Mohd Nazri Bin SulaimanTempat Kedua : Mohd Razif Bin RahimTempat Ketiga : Mohd Fathudin Bin Mohd Aladin4. Kategori ‘Past & Present’Tempat Pertama : Liew Leng ZhengTempat Kedua : Hazize Bin SanTempat Ketiga : Faris Luqman Bin Marzuki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *