“Sebagai wakil rakyat harus selesaikan masalah rakyat” – Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional Parti Gerakan, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mengecam beberapa ahli politik kerana menggunakan topik hangat untuk persembahan politik apabila ramai rakyat masih bimbang mengenai laporan wang simpanan yang kerap dicuri.
Beliau berkata, sebagai ahli politik atau wakil rakyat harus menyelesaikan masalah rakyat, terutama soal kekayaan dan kesihatan rakyat, bukannya menggunakan isu ini untuk meraih populariti dan mendapatkan keuntungan peribadi modal politik.
Seorang lelaki yang mempunyai wang simpanan RM7,000 dicuri sebelum ini memberitahu media bahawa beberapa ahli politik “memainkan” cadangan kecurian ini. Apabila dia meminta bantuan ahli parlimen di Pulau Pinang, pembantu ahli parlimen itu enggan membantu.
“Saya rasa amat kesal dengan apa yang berlaku kepada lelaki ini.”
Beliau membuat kenyataan itu kepada media selepas menghadiri Forum Kelab Leo di Ipoh semalam.
Parti Gerakan amat prihatin dengan kes kecurian wang simpanan yang kerap berlaku di negara kita. Parti Gerakan sudah mengatur mesyuarat dengan pengurusan kanan Bank Negara supaya dapat membincangkan tindakan untuk melindungi harta pelanggan dan memulihkan keyakinan rakyat terhadap industri perbankkan.
“Sekarang kami menunggu Bank Negara Malaysia (BNM) bagi kami masa untuk berjumpa.”
Beliau juga berkata, Parti Gerakan akan menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan melalui Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Negara.
“Sesiapa yang menghadapi kes kecurian wang simpanan dan memerlukan bantuan boleh menghubungi biro di talian (GERAKAN HQ: 03-92876868, cari Mr. Chan) dan membuat laporan.”
GERAKAN Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Negara akan mengumpulkan semua aduan yang mengenai kes kecurian wang simpanan, dan menyerahkan kepada BNM, supaya BNM boleh menyiasat kes-kes tersebut.