Malaysia Sea Star Handicraft Festival hargai kraftangan buatan Malaysia
DAMANSARA: Inisiatif pasukan Malaysia Sea Star menganjurkan program ‘Malaysia Sea Star Handicraft Festival’ dalam menyokong Tema Pesta Kraf Selangor iaitu – Bekerjasama dan Menang-Menang Bersama, Slogan – Menyaksikan Kehebatan Seni yang berlangsung pada 11-12 Jun 2022 dalam merancakkan industri kraf negara pascapandemik COVID-19.
Program ini adalah satu platform yang terbaik dalam memperkenalkan produk kraftangan (homemade) buatan Malaysia kepada masyarakat setempat dan juga pelancong luar negara.
Malaysia Sea Star Handicraft Festival juga mengetengahkan keunikan produk-produk kraftangan tempatan yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa di dalam satu bumbung.
Menurut pasukan Malaysia Sea Star, acara ini disertai oleh 140 usahawan jenama tempatan di Malaysia dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua kumpulan etnik di Malaysia, termasuk bakat Melayu, bakat India, bakat Cina, bakat Iban dan Orang Asli.
Apa yang lebih menarik, setiap vendor dibahagikan kepada 10 zon berdasarkan bidang kepakaran dan kreativiti mereka serta dihiasi dengan keunikan, persembahan estetik yang bermutu tinggi adalah sesuatu yang jarang dilihat di Malaysia bakal menanti pengunjung yang hadir ke acara ini!
Lebih daripada 70% daripada jenama buatan tangan yang menyertai acara ini adalah jenama terkenal dan pakar kraf tangan di Malaysia.
Sebagai contoh, salah seorang daripada mereka ialah Cik Suzi Chua, seorang pelukis terkenal di peringkat antarabangsa, hasil kerja beliau diiktiraf di peringkat antarabangsa dan lukisan beliau pernah dijual pada harga USD10,000.
Acara ini juga disokong oleh Sekolah Menengah Cina Kuala Lumpur, sebanyak 300 orang pelajar mengambil bahagian dan membantu dalam pemasangan karya seni kitar semula di tempat tersebut.
Sasaran kehadiran pengunjung dijangka akan dikunjungi seramai 3000-5000 orang, terdapat juga lebih daripada 30 bengkel buatan tangan dan orang ramai boleh bersama-sama mempelajari pelbagai teknik kraftangan.
Acara ini telah mendapat sokongan penuh dari ‘Dream Filem’ dan mereka komited untuk merakam video, gaya filem untuk acara ini.
Harapan kami adalah untuk meningkatkan ekonomi usahawan kraftangan, ibu tunggal yang terkesan ketika COVID-19 serta memulihkan indusri kraf tempatan supaya kembali bangkit dan melonjakkan semula industri kraf tangan selepas melalui fasa sukar akibat penularan COVID -19 di negara ini.
Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada NCT Group dan Rekatone.com yang menaja kos publisiti untuk program ini.