Selangor Mega Job Fair 2022 tawar lebih 20 ribu peluang pekerjaan

  • May 12, 2022
  • 2 min read
Selangor Mega Job Fair 2022 tawar lebih 20 ribu peluang pekerjaan

YB TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan negeri Selangor Darul Ehsan.
12 MEI 2022- Kerajaan Negeri memandang berat tentang kadar pengangguran yang
direkodkan untuk Selangor pada suku pertama tahun 2022 adalah sebanyak
3.2% iaitu bersamaan dengan 118,100 orang jumlah penganggur yang sedikit
meningkat berbanding suku tahun keempat 2021 (2.9% – 105,300 orang).


Di atas komitmen berterusan bagi mengurangkan kadar pengangguran di
Selangor, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan
Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan akan meneruskan
program Selangor Mega Job Fair 2022 yang akan bermula pada 11 dan 12
Jun 2022 bertempat di MBSA Convention Centre, Shah Alam. Program ini akan
diadakan secara fizikal dalam skala yang besar selepas dua tahun diadakan
secara hydbrid dengan konsep jelajah ke daerah-daerah yang terpilih
disebabkan oleh standard operating procedure (SOP) Majlis Keselamatan
Negara ketika pandemik Covid-19 yang melanda negara ini.
Program Selangor Mega Job Fair kali ini bakal menawarkan lebih 20 ribu
peluang pekerjaan yang melibatkan lebih 100 majikan antaranya ialah
Kumpulan Perangsang Selangor, Daikin Malaysia Sdn Bhd, DHL Express, DRB
Hicom Berhad, Giant Malaysia, Malayan Banking Berhad, Media Prima Digital,
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON), Prasarana Malaysia
Berhad, Shopee Malaysia, Sport Direct MST Sdn Bhd, Toyota Auto Body
Malaysia Sdn Bhd, dan banyak lagi. Peluang pekerjaan yang ditawarkan
meliputi pelbagai sektor seperti perkhidmatan, pembuatan, elektronik,
pengurusan dan sebagainya.
Diharapkan rakyat Selangor khususnya belia dapat mengambil peluang di
atas inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dengan mendaftar di
www.selangorjobportal.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut
berkaitan pekerjaan yang ditawarkan serta membantu majikan
mendapatkan tenaga kerja yang diperlukan seterusnya bersama memajukan
Negeri Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *