Selangor Mega Job Fair 2023 tawar 10,000 peluang pekerjaan, fokus ‘zero’ kadar pengangguran di Selangor

  • June 17, 2023
  • 1 min read
Selangor Mega Job Fair 2023 tawar 10,000 peluang pekerjaan, fokus ‘zero’ kadar pengangguran di Selangor

Shah Alam, 17 Jun 2023 – Kerajaan Negeri Selangor melalui Exco Generasi Muda, Sukan & Modal Insan menganjurkan program Selangor Mega Job Fair 2023 pada 17 dan 18 Jun 2023
bertempat di MBSA Convention Centre, Shah Alam dari 8 pagi hingga 5 petang.


Penganjuran program kali ini menawarkan lebih 10,000 peluang pekerjaan dalam
pelbagai sektor yang melibatkan lebih 100 syarikat swasta, agensi Kerajaan, pasukan
Unit Beruniform dan Badan Berkanun. Peluang kerjaya juga disediakan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).


Melalui program ini, kadar pengangguran di Negeri Selangor dapat dikekalkan di
bawah paras 4%. Data Jabatan Perangkaan Malaysia telah menunjukkkan penurunan pada suku tahun pertama 2023 iaitu 2.6% berbanding 2.9% pada tahun 2022.


Platform ini adalah sebagai peluang pekerjaan kepada para pelajar lepasan sekolah, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Universiti dan mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.


Program selama 2 hari ini dijangkakan akan menerima seramai 15,000 pengunjung
termasuk para pencari kerja dan Selangor Mega Job Fair ini menjadi program tetap
dibawah Exco Generasi Muda, Sukan & Modal Insan.


Semoga penganjuran ini dapat memberi manfaat kepada rakyat Selangor,
khususnya belia sama ada dengan mendaftar di www.selangorjobportal.com.my
atau terus menghadiri sesi ‘walk in interview. Disamping dapat membantu para
majikan mendapatkan tenaga kerja dan sekaligus bersama-sama memajukan
Negeri Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *