Shaz rasa tertekan?

Petaling Jaya, 8 September 2022 – Pada minggu pertama Terpaling Juara, Rahmad Mega telah membuktikan beliau masih berbisa, apabila berjaya memenangi Persembahan Terpaling Padu menerusi lagu Merisik Khabar (Juara Lagu 1987, nyanyian asal Allahyarham Datuk Sudirman).
Pada minggu kedua dan ketiga pula, Shaz mendapat kemenangan besar apabila berjaya membolot gelaran Persembahan Terpaling Padu untuk dua minggu berturut-turut.
Kemenangan ini tidak membuatkan Shaz leka dan duduk selesa! Sudah tentunya memberi tekanan kepada Shaz kerana perlu kekalkan stamina, vokal dan memberikan persembahan terbaik untuk minggu keempat serta bersaing dengan lima peserta yang mana, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.
Minggu ini, tanggungjawab yang dipikul lebih berat apabila peserta perlu menyanyikan lagu ciptaan kapten sendiri. Shaz tidak terkecuali, apabila diberi tugasan untuk membawakan lagu Canggung bergenre irama tradisional moden (SFMM 35, nyanyian asal Wany Hasrita).
Dua genre telah dinyanyikan oleh Shaz iaitu balada dan dangdut menerusi lagu Cinta (AJL36, nyanyian asal Marsha Milan), Selamat Jalan Romeo (AJL 19, nyanyian asal Ramlah Ram) dan Purnama Merindu bergenre balada (AJL14 – nyanyian asal oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza).
Menurut Shaz, dia bersyukur kerada dapat Hael Husaini sebagai Kapten. “Saya tidak pernah menjangka yang saya akan berada di bawah bimbingan Hael selaku Kapten. Memang rasa amat bertuah dan bersyukur kerana terasa bagai bulan jatuh ke riba.
Saya memang sanjung Hael kerana dia seorang penyanyi, komposer, penggubah lagu dan penulis lirik yang berpengalaman. Saya amat berterima kasih kepada kapten kerana usaha dan bimbingan beliau telah berjaya membuatkan saya meraih Persembahan
Terpaling Padu untuk dua minggu berturut-turut.
Saya akan gunakan peluang keemasan ini untuk belajar lebih lagi dalam selok belok untuk menjadi seorang penyanyi yang berjaya,”
Rata-rata komen daripada netizen juga mengatakan Hael dan Shaz sama-sama on-track! Malahan, juri tetap juga turut berpuas hati dengan persembahan Shaz sejak dari minggu kedua.
Antara komen juri tetap TERPALING JUARA, Dato’ Hattan dan Fauziah Latiff kepada Shaz ialah: Minggu kedua – “Persembahan Shaz paling best dan WOW! Lagu dangdut yang dibawakannya memang luar dari kebiasaan penyanyi dangdut.”
Minggu ketiga – “Ini sedap! Jarang tgk org nyanyi lagu Siti keluar dari bayangan Siti. Awak punya feel naik bunga roma.”
Fauziah Latif – “Bagus…penyampaian yg sangat baik, sebutan jelas, cara alur cerita dalam persembahan teratur, tertib. Sangat bagus!”
Bagaimana pula komen untuk minggu ini? Boleh atau tidak Shaz mengekalkan kedudukannya sebagai ratu persembahan Terpaling Padu? Semuanya terjawab dalam TERPALING JUARA pada Ahad ini, 11
September 2022, jam 9.00 malam yang dibawakan secara langsunf dari Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, pukul 9.00 malam dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my