Sindiket penipuan didalam urusan jual beli tanah

  • October 6, 2022
  • 2 min read
Sindiket penipuan didalam urusan jual beli tanah

Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa PTGS telah mengesan terdapat cubaan penipuan urusniaga tanah dengan memperdaya orang ramai yang menggunakan nama PTGS, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) di Negeri Selangor sehingga melibatkan nama Dato’ Menteri Besar Selangor.

Laporan Polis telah dibuat bagi kes-kes yang telah dikenalpasti agar tindakan tegas boleh diambil bagi sebarang penipuan jenayah ini.

Modus operandi yang digunakan ialah dengan penyamaran sebagai orang yang dilantik berurusan dengan PTGS dan mana-mana PDT.

Pihak terbabit juga mengeluarkan notis untuk menjual hartanah dan telah memalsukan
tandatangan pada notis tersebut.

Terdapat juga pihak yang menggunakan
nama pegawai-pegawai kanan dan tertinggi PTGS dan PDT yang masih berkhidmat mahupun telah berpencen dengan memberikan maklumat dan janji-janji palsu bagi urusan jual beli tanah.

Justeru, PTGS ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan kegiatan sindiket penipuan dalam urusan jual beli hartanah.

Terdapat pelbagai modus operandi atau faktor yang menjurus ke aras masalah penipuan
ini berlaku sama ada melibatkan sindiket atau pun perseorangan. Sehubungan dengan itu, pembeli yang berhasrat untuk memiliki hartanah dinasihatkan berhati-hati agar tidak menjadi mangsa dalam penipuan ini.

Di antara langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi mengelakkan tertipu ialah
dengan memastikan perkara-perkara berikut :

i. Pastikan kewujudan tanah melalui daftar pelan yang sah;
ii. Buat semakan berkaitan pemilikan (tuan punya tanah), no. hak milik/ no. lot/
no. mukim/ saiz keluasan tanah melalui carian di Pejabat Daerah dan Tanah
(PDT) berkaitan atau PTGS;
iii. Semak sekatan kepentingan seperti kebenaran hak milik, kaveat dan
cagaran/ gadaian;
iv. Pastikan wakil mempunyai Surat Kuasa Wakil yang sah;
v. Wujudkan perjanjian jual beli;
vi. Gunakan khidmat peguam yang sah;
vii. Gunakan khidmat agen hartanah yang berpengalaman; dan
viii. Jika boleh, sila berjumpa dengan tuan tanah untuk mendapatkan
pengesahan.

  1. Dengan ini, PTGS ingin menegaskan kepada orang awam bahawa PTGS tidak
    pernah melantik mana-mana individu mewakili Pentadbiran ini bagi sebarang
    urusan urusniaga hartanah.
  2. PTGS ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan berhati-
    hati dengan taktik penipuan seumpama ini. Diharapkan orang ramai lebih
    berwaspada dengan taktik penipuan seumpama ini kerana kebanyakan mereka
    yang telah menjadi mangsa penipuan ini melibatkan jumlah kerugian kewangan
    yang besar dan agak sukar untuk mendapatkan kembali wang mereka jika telah menjadi mangsa.
  3. Sekali lagi, orang ramai wajar membuat semakan terlebih
  4. dahulu dengan PTGS atau mana-mana PDT bagi menggelakkan menjadi
    mangsa jual beli hartanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *