‘Skuad didik DuitNow Gen E-Duit’ didik generasi muda celik kewangan

  • March 15, 2023
  • 2 min read
‘Skuad didik DuitNow Gen E-Duit’ didik generasi muda celik kewangan

Petaling Jaya, 14 Mac 2023 – Kempen SKUAD DIDIK DuitNow GEN E-DUIT menutup tirainya
pada 11 Mac 2023 dengan berlangsungnya bengkel wartawan penyiaran celik kewangan PayNet dan DIDIKTV Kementerian Pendidikan (KPM) – SKUAD DIDIK DuitNow GEN E-DUIT, di Sri Pentas, Bandar Utama dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Bengkel ini merupakan sesi akhir
penjurian 30 finalis kanak-kanak terpilih berumur antara 10 hingga 16 tahun. Kempen yang dilancarkan sejak 10 Disember 2022 di Karnival Jom Heboh, Puteri Harbour, Johor Bahru telah menarik perhatian lebih daripada 400 penyertaan.


Kempen SKUAD DIDIK DuitNow GEN E-DUIT merupakan hasil kolaborasi Kumpulan Media
Prima dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) melalui DIDIKTV KPM.

Objektif program ini adalah untuk mendidik generasi muda tentang kepentingan celik kewangan, terutamanya literasi pembayaran digital, selaras dengan Strategi Kebangsaan Celik Kewangan Malaysia.

Penekanan mengenai kelebihan pembayaran digital yang selamat, senang dan segera
turut dikongsikan.

Strategi utama kempen ini adalah untuk mendidik, memupuk kesedaran dan memperkasakan kanak-kanak tentang pendidikan kewangan dengan cara yang menyeronokkan, memberi pendekatan yang mudah dan senang difahami melalui bengkel kewartawanan TV yang menarik!


Penyertaan yang diterima melalui video ‘Duet Challenge’ di platform media sosial TikTok sangat menggalakkan sehingga tarikh tamat penyertaan dilanjutkan kepada 15 Februari lalu.

30 finalis terbaik yang dipilih, diberikan pendedahan untuk menyelami pengalaman sebagai wartawan penyiaran muda dengan menyertai Bengkel SKUAD DIDIK DuitNow GEN E-DUIT.

Hasil dari penilaian tugasan pertama atau tugasan wajib video duet yang dihantar, membawa markah 40 peratus.

Mereka sekali lagi diberikan satu lagi tugasan ‘Homework’ iaitu menerbitkan video
berlandaskan informasi kewangan dan penyelidikan produk PayNet yang membawa markah 20 peratus.

Seterusnya, baki 40 peratus lagi dari jumlah keseluruhan 100 peratus , dinilai di
Bengkel pada hari ini. Pemarkahan diberi berdasarkan personaliti dan penampilan diri,
kemahiran komunikasi, penglibatan finalis dalam sesi dengan mentor dan pergaulan bersama rakan-rakan serta persediaan diri tentang maklumat kewangan.


Bengkel ini dihoskan oleh Shaun Stephen, pengacara DIDIKTV KPM, menampilkan empat sesi dengan topik-topik yang berlainan bersama mentor dan panel yang berkaliber di bidang masing-masing.

Setiap sesi mempunyai aktiviti yang menarik berdasarkan topik yang disampaikan. Peserta turut berpeluang untuk melakukan aktiviti yang disediakan bersama pengacara dan pembaca berita yang berpengalaman luas di Rangkaian Televisyen Media Prima.


Bengkel tersebut juga diserikan dengan kehadiran Encik Seelan Paul, Ketua Pegawai Eksekutif, NTV7 (DIDIKTV KPM) dan Encik Khairuan Abdul Rahman, Pengarah Kanan, Payments Network Malaysia Sdn. Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *