Sokong kesinambungan dan pendekatan baru perjuangan Palestin

  • May 17, 2021
  • 1 min read
Sokong kesinambungan dan pendekatan baru perjuangan Palestin

PUTRAJAYA, 17 Mei 2021 – Bersempena dengan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) yang diraikan pada 17 Mei setiap tahun, saya dedikasikan sambutan hari ini khusus untuk perjuangan rakyat Palestin dan berdoa agar kezaliman terhadap mereka segera berakhir dan perdamaian dapat dicapai.


Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, sebagai umat Islam dan warga dunia yang menegakkan kebenaran, keadilan dan kedamaian, kita sewajarnya terus menyokong perjuangan Palestin secara komprehensif dan konsisten, apatah lagi ketika setiap kali keganasan Israel memuncak sepertimana yang berlaku sekarang.


Di samping meneruskan agenda perjuangan Palestin yang sedia ada, kita juga perlu melihat peranan dan suntikan aspirasi ‘generasi baharu’ pejuang dan aktivis Palestin yang menggerakkan pendekatan-pendekatan baru, contohnya yang menggelar Israel sebagai negara apartheid.


“Saya juga memantau perkembangan sesetengah platform media sosial antarabangsa yang kelihatan berat sebelah kerana terlalu mudah memadamkan kandungan yang menyokong perjuangan Palestin.


“Saya menyeru kepada semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan platform kandungan, sama ada di peringkat antarabangsa mahupun tempatan untuk berganding bahu dalam usaha-usaha meningkatkan kesalinghubungan internet dan memastikan penyebaran maklumat yang sahih, adil dan saksama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *