Penutupan sementara Ibu Pejabat SSM untuk proses sanitasi Covid-19

  • May 26, 2021
  • 2 min read
Penutupan sementara Ibu Pejabat SSM untuk proses sanitasi Covid-19

Kuala Lumpur, 26 Mei 2021 – Ibu Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Menara SSM@Sentral, Kuala Lumpur akan ditutup sementara pada 27 dan 28 Mei 2021 bagi pelaksanaan kerja-kerja sanitasi sebagai langkah pencegahan penularan pandemik Covid-19.

Operasi ibu pejabat SSM akan dibuka semula pada 31 Mei 2021. Dalam tempoh 27 hingga 28 Mei 2021 ini perkhidmatan secara atas talian akan beroperasi seperti biasa.

SSM juga ingin memaklumkan bahawa pengoperasian semua pejabat SSM seluruh negara adalah tertakluk kepada peringkat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan.


Bagi kawasan-kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), semua operasi kaunter SSM ditutup kecuali perkhidmatan serah simpan dokumen berkanun yang perlu dilakukan secara drop box dan pos berdaftar sahaja.

Serahan dokumen secara drop box terhad pada hari bekerja bermula jam 8.15 pagi sehingga 12.15 tengahari.


Bagi kawasan-kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), operasi kaunter SSM adalah terhad bagi perkhidmatan serah simpan dokumen berkanun secara drop box, pemfailan ekspress (ekspress filing), pos berdaftar, dan permohonan penglibatan peribadi (personal involvement) di dalam syarikat. Waktu operasi kaunter perkhidmatan SSM juga adalah terhad pada hari bekerja bermula jam 8.15 pagi sehingga 12.15 tengahari.


Manakala bagi kawasan-kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kaunter perkhidmatan SSM beroperasi seperti biasa.

Untuk memastikan semua transaksi berkaitan entiti perniagaan tidak terganggu susulan penutupan sementara Ibu Pejabat SSM dan pelaksanaan PKP, pelanggan SSM boleh memanfaatkan perkhidmatan-perkhidmatan dalam talian seperti berikut:


(a) Portal Ezbiz – https://ezbiz.ssm.com.my
(b) Portal MyCoID -https://mycoid2016.ssm.com.my
(c) Portal MyLLP – https://www.myllp.com.my
(d) Portal e-Info – https://www.ssm-einfo.my
(e) Portal MyData – https://www.mydata-ssm.com.my
(f) Portal MBRS – https://www.ssm4u.com.my
(g) Portal e-Secretary – https://esecretary.ssm.com.my
(h) Portal e-COMTRAC – https://e-comtrac.ssm.com.my
(i) Rayuan kompaun – E-mel kepada ar_compliance@ssm.com.my
(j) Aduan – E-mel kepada aduan@ssm.com.my

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel kepada enquiry@ssm.com.my. – UTV Media Msia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *